Langgan newsletter kami!
Scan Kod QR

Cara Buat Kod QR Paling Mudah dan Percuma

Salam semua pembaca azhan.co sekalian. Hari ini kami akan share maklumat tentang cara buat Kod QR secara percuma dan mudah. Jika anda pernah mengalami situasi di mana anda perlu membayar (bukan free ya!) untuk menjana kod QR atau perlu log masuk sebelum mendapatkan kod ini, artikel ini adalah untuk sememangnya untuk anda.

Kod QR atau dalam English dikenali sebagai QR Code kini menjadi sebahagian daripada kehidupan kita seharian. Ia digunakan dalam pelbagai cara seperti login ke Aplikasi Web WhatsApp, MySejahtera check-in, imbas untuk menu di restoran, pembayaran dalam talian dan banyak lagi.

Di pejabat pula, kod QR digunakan untuk pendaftaran kehadiran mesyuarat atau kursus, menyemak aturcara program, mengakses pautan yang mempunyai link atau URL yang panjang dan sebagainya.

Sementara di sekolah, kod QR sering digunakan untuk sebaran pautan Rekod Kawalan Kelas, menggantikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di dalam Fail Rekod Persediaan Mengajar(RPM) dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, kod QR sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masa kini.

Apa itu Kod QR?

Kod QR merupakan singkatan kepada “Quick Response Codes” ataupun “Kod Tindak Balas Cepat”. Kod ini merupakan versi yang lebih baik daripada barcode yang digunakan sebelumnya. Fungsinya adalah untuk memudahkan kita memperoleh dan mengesahkan maklumat melalui teknik imbasan kod. Selain itu, Kod QR juga membolehkan kita menyimpan maklumat dalam kapasiti yang besar dengan menggunakan pelbagai jenis data.

Kelebihan menggunakan Kod QR ialah ianya sangat efisien dengan maklumat diperoleh dengan cepat. Saiz Kod QR pula adalah kecil dan sangat mudah untuk diimbas. Kod QR boleh dibaca dari mana-mana arah atau sudut iaitu 360 darjah tidak kira jika ia diletakkan terbalik atau senget. Jadi peluang untuk kod QR gagal diakses adalah sangat minima. Kod QR mampu menyimpan 2089 nombor atau 4289 aksara termasuk tanda baca dan simbol.

Cara Buat Kod QR Dengan Mudah

Berikut adalah step by step cara buat Kod QR:

  1. Simpan bahan atau dokumen anda dalam mana-mana aplikasi yang boleh diakses menggunakan internet, Contohnya: di Google Drive, Youtube, website, media sosial atau aplikasi seperti Telegram.
  2. Dapatkan alamat URL bahan atau dokumen yang dimuat naik. Ini adalah bahagian paling penting kerana Kod QR yang dijana nanti akan merujuk kepada URL ini.
  3. Buka laman QR Code Online untuk menjana Kod QR.
  4. Pilih jenis kandungan yang ingin dijadikan kod QR (URL, teks, e-mel, lokasi, facebook, dll)
  5. Masukkan URL bahan atau dokumen tadi ke ruangan yang disediakan.
  6. Anda juga boleh memilih warna anda sendiri untuk foreground dan latar belakangnya.
  7. Semak semula maklumat dengan teliti kerana setelah anda mencetak kod QR, kod tersebut tidak dapat diedit selepas itu.
  8. Kod QR anda siap dicipta! Anda boleh muat turun Kod QR dalam bentuk gambar (format PNG) untuk digunakan.

Cara Buat Kod Qr Paling Mudah 2

Cara Buat Kod QR Guna Google Chrome

Berikut adalah langkah-langkah cara buat Kod QR:

  1. Buka pelayar atau Internet browser Chrome.
  2. Pada bahagian atas Chrome (tempat taip alamat web), taip URL yang anda hendak buat Kod QR dan tekan bukan Enter.
  3. Anda juga boleh guna sebarang URL yang anda telah generate hasil sharing daripada Google Drive, Youtube, media sosial seperti Facebook, Instagram atau aplikasi seperti Telegram.
  4. Kemudian klik ikon “Share this page” dan pilih “Create QR Code”.
  5. Klik butang Download untuk mendapatkan gambar Kod QR yang telah dijana.

Cara Buat Kod Qr Guna Google Chrome

Sungguh mudah bukan? Selain penggunaan cara buat Kod QR yang disebutkan di atas, ia juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti:

  • Mengisi borang seperti borang kaji selidik Google Form.
  • Laman sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter (X), Youtube
  • Kad jemputan kahwin digital
  • Lokasi tempat
  • Menu restoran
  • Aplikasi seperti MySejahtera, Telegram
  • Alamat e-mail
  • No. telefon
  • Wireless-LAN atau Wifi
  • Pembayaran online seperti Paypal, mata wang kripto BTC

Semoga artikel ini dapat menjawab persoalan anda tentang cara buat Kod QR. Dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini agar orang lain juga mendapat manfaat daripadanya. Selamat mencuba!

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: