Biodata Pelakon Azhan Rani
- Nama Sebenar: Azhan Abdul Rani
- Nama Popular: Azhan Rani
- Umur: 37 Tahun
- Status: Bujang
- Asal: Tanjung Karang, Selangor
- Pendidikan: Lulusan seni lakon daripada Akademi Seni Melaka dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
- Filem: Men Who Save the World (2014), KL Zombi (2013) and Kotak (2011)
- Telefilem: Ego, Spaghetti Masak Lodeh dan Meriahnya Raya
- Drama: Cinta Dalam Hati, Zombi Jaya, Sesuci Cinta Sofia, Ku Milikmu, Tower 13, Lembing dan Dayang, Warkah Terakhir, Amukan Pocong, Mana Hilangnya Juwita, Gemilang, Wasiat, Supermak dan Sumpah Orang Minyak
Fakta Menarik Tentang Azhan Rani
- Sudah lebih 12 tahun bergelumang dengan dunia teater sehinggalah Along Kamaluddin mengajaknya mencuba nasib dalam drama
- Pelakon Azhan Rani telah 6 tahun terlibat dalam dunia seni dan telah berlakon dalam lebih daripada 40 drama, namun masih gagal meraih populariti dan perhatian daripada pihak media
-
Mengaku sering ditawarkan watak antagonis dan jahat dalam drama dan teater lakonannya disebabkan wajah garang yang dimilikinya
- Mengaku bahawa watak Long Husin dalam drama bersiri Amukan Pocong adalah watak paling mencabar kemampuannya sepanjang berkecimpung sebagai pelakon