Semenjak kemunculan dalam drama popular Papa Ricky dengan membawa watak Alisya, nama Nur Qistina Raisah mula mencuri perhatian peminat seni tanahair. Pelakon kanak-kanak berbakat besar ini kelihatan tidak kekok membawakan wataknya dengan baik biarpun usia masih lagi muda. Beliau juga menganggap beraksi di depan kamera adalah suatu perkara yang menyeronokkan.
“Ketika berusia empat tahun, saya tidak tahu (lakonan), satu bidang kerjaya yang serius. Saya berpandangan ia sekadar aktiviti menyeronokkan dan cukup menghiburkan. Pembabitan awal bermula apabila saya ditawarkan oleh rakan ayah yang merupakan seorang penggiat seni. Ketika itu, saya dimaklumkan pelakon yang sepatutnya membawakan watak tersebut telah menarik diri kerana takut beraksi di depan kamera.
Walaupun tidak pernah berlakon, saya cuba berikan yang terbaik. Tidak sangka, lakonan saya menjadi dan memberi keyakinan kepada pengarah drama tersebut. Sejak itu, saya menerima banyak tawaran berlakon dari semasa ke semasa,”
Dari segi karier pula, ibu Nur Qistina Raisah yang lebih banyak mengatur perjalanan karier seni beliau, termasuklah menjaga akaun Instagram dan Facebook miliknya. Yelah, adik Qistina kan masih kecil dan bersekolah lagi.
Semoga bintang Nur Qistina akan terus menyerlah sebaris dengan pelakon kanak-kanak yang sedia ada dalam industri seni negara.
Biodata Nur Qistina Raisah
- Nama Penuh: Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarolazari
- Nama Komersial: Nur Qistina Raisah
- Tarikh Lahir: Disember 2008
- Umur: 9 Tahun (2017)
- Asal: Selangor
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Kerjaya: Pelakon dan Model Kanak-kanak Muslimah (Faghira Fashion & Ferdascarf)
- Tahun Aktif: 2012 – sekarang
- Drama: Zahira, Karlisa, Papa Ricky, Demi Cinta Ain, Azam Ramadan Su, Qalbu
- Telefilem: Jangan Sembelih Merah
- Filem: Kelibat, Jahil
- Instagram: @nurqistinaraisah
- Facebook: https://www.facebook.com/Nur-Qistina-Raisah-320928561443670/
hai boleh berkenalan jngan risau saya perempuan
nur ezreenshaa ardalia bt khairul azri
sekolah senawang
1/2 jalan desa dahlia,senawang
70450,seremban negeri sembilan