Biodata Karl Shafek | Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran satu masa dahulu, membuka pintu rezeki buat jejaka bernama Karl Shafek ini melangkah lebih jauh dalam industri seni hiburan tanah air.
Figura kacak ini bukan sahaja aktif berlakon drama, telefilem dan teater malahan berbakat besar dalam dunia pengacaraan dan seni kulinari. Selain mengendalikan program travelog dan masakan, anak jati Pahang ini juga menjadi pengacara kepada program membeli belah terbitan Media Prima iaitu CJ Wow Shop bersama-sama Maria Tengku Sabri, Chef Fikree, Fiza Frizzy dan ramai lagi.
Biodata Karl Shafek
- Nama Penuh: Khairul Shafek Ibrahim
- Nama Komersil: Karl Shafek
- Tarikh Lahir: 28 Mac 1980
- Umur: 37 Tahun (2017)
- Asal: Pekan, Pahang
- Keluarga: Anak ketiga daripada empat adik-beradik
- Status: Bujang
- Kerjaya: Pengacara, Pelakon, Penulis Pelancongan dan Ahli Perniagaan
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Host TV: CJ Wow Shop, 3 Hari 2 Malam, Chopp, HipTV, Nasi Lemak Kopi O, Cabaran Raja Tarik F&N, Aroma Tradisi, Resepi Saywho Bersama Karl Shafek, Jelajah Ramadan dan banyak lagi.
- Drama/Telefilem: Rindu Awak 200%, Cinta Itu Milikku, Masihkah Ada Cinta, Boona Boonie, Aalia, Cinta Otai, Dewi Kasihku, Hotel Mania, Anak Aku Artis dan banyak lagi.
- Filem: Zaiton Ceritaku
- Teater: 1 Plastik Hitam, Maduku Kalut, Ombak Rindu: Tiada Penghujung, Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan Tenggelamnya Kapal van der Wijck.
- Facebook: facebook.com/karl.shafek
- Twitter: twitter.com/karlshafek
- Instagram: instagram.com/karlshafek
- E-mail:Â [email protected]
Trivia Menarik Karl Shafek
- Merupakan graduan Multimedia dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) yang sebelum ini dikenali sebagai Akademi TV3.
- Pernah bekerja sebagai pramugara di Malaysia Airlines (MAS).
- Anak Aku Artis merupakan telefilem pertamanya sekaligus memperkenalkan dirinya sebagai seorang pelakon dalam industri seni hiburan.
- Mula mengacara pada tahun 2008 dan rancangan bual bicara iaitu Nasi Lemak Kopi O merupakan program pertama kendaliannya.
- Pernah menyertai program realiti masakan, Masterchef Selebriti Malaysia dan tersingkir di minggu keempat.
- Bercita-cita untuk menghasilkan buku resepinya sendiri.
- Menjadi penulis tamu (Kompas Karl Shafek) di sebuah portal hiburan dan gaya hidup iaitu Pepatung.com.
- Seorang yang rabun jauh dan suka pakai cermin mata. Figura ini akan memakai kanta sentuh apabila berlakon atau mengacara sesuatu program.
- Memiliki bisnes pakaian berjenama sendiri iaitu Neonate Clothing yang mengetengahkan fesyen jalanan.
- Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagran milik.