Siapa Farhana Zahra?
Farhana Zahra atau lebih mesra dengan panggilan Cik Na merupakan seorang instafamous dan usahawan wanita berjaya yang cukup dikenali di Malaysia, khususnya di negeri Kelantan. Beliau ialah pengasas kepada produk minuman kesihatan Susu Momegojes dan Kopi Vavavoom, serta pengarah di syarikat kosmetik AnaZahra Beauty.
Selain dunia perniagaan, nama Farhana Zahra juga sering disebut kerana sifatnya yang pemurah. Beliau pernah menjadi pembayar zakat individu tertinggi di Kelantan dengan jumlah mencecah RM1 juta setahun. Walaupun begitu, kehidupannya tidak terlepas daripada kontroversi apabila pernah dituduh menjana kekayaan melalui cara yang salah, namun beliau tampil menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan kejayaannya adalah hasil daripada perniagaan sah.
Profil Ringkas dan Biodata Farhana Zahra
- Nama Penuh: Nur Farhana binti Ismail
- Nama Popular: Farhana Zahra
- Panggilan: Cik Na
- Umur: 34 tahun (2025)
- Asal: Kelantan
- Tempat Tinggal: Kota Bharu
- Warganegara: Malaysia
- Pendidikan: Pengajian peringkat diploma di Kolej Poly-Tech MARA dalam jurusan Pengurusan Perniagaan
- Pekerjaan: Founder & Director, AnaZahra Beauty HQ
- Status: Berkahwin
- Nama Suami: Muhammad Hakimi Mohd Azmi, 35 tahun
- Instagram: @farhana_zahra91
- Facebook: Farhana Zahra
- TikTok: @farhanazahra91
Fakta Menarik Tentang Farhana Zahra
- Pada tahun 2013 Farhana Zahra pernah menerima bantuan zakat sebanyak RM1,700 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).
- Merupakan pemilik syarikat AnaZahra OEM Sdn Bhd.
- Usahawan berjaya – Mengasaskan produk Susu Momegojes dan Kopi Vavavoom yang mendapat sambutan tinggi.
- Dikenali sebagai “Cik Na” – Panggilan mesra yang digunakan oleh pengikutnya di media sosial.
- Dermawan – Sering menghulurkan bantuan, malah pernah menjadi pembayar zakat individu tertinggi di Kelantan.
- Kontroversi kekayaan – Tampil menjelaskan isu tuduhan kononnya beliau mengumpul kekayaan daripada aktiviti haram, malah mencabar pihak berkuasa untuk menyiasat perniagaannya.
- Aktif di media sosial – Kerap berkongsi tentang gaya hidup, perniagaan, dan isu semasa di TikTok serta platform lain.
Berita Menarik Tentang Farhana Zahra
Usahawan Kelantan Habiskan RM1 Juta Untuk Hari Jadi Anak, Hadiahkan Vellfire & Rolex
Nama Farhana Zahra menjadi tular baru-baru ini selepas beliau meraikan sambutan ulang tahun anak perempuannya, Yaya, yang ke-11 dengan penuh kemewahan.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Farhana berkongsi suasana majlis serba glamor dengan dekorasi mewah dan hadiah bernilai tinggi. Paling mencuri perhatian, anaknya menerima sebuah Toyota Vellfire yang dihias indah dengan belon serta reben gergasi sebagai hadiah hari jadi.
Menurut Farhana, keseluruhan sambutan itu menelan belanja sekitar RM1 juta, termasuk barangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton, produk Apple, dan jam tangan Rolex.
Beliau berseloroh dalam kapsyen video, mengatakan dirinya “tak tahu nak hadiahkan apa lagi” kerana hampir semua kemahuan anaknya sudah dipenuhi setiap hari.
“Maafkan Mama, ini je mama mampu bagi untuk anak Mama… RM1 juta sahaja Mama habiskan untuk birthday kali ni,” tulis Farhana di TikTok.
Majlis tersebut nyata mencuri perhatian ramai netizen, ada yang kagum dengan kemurahan hati usahawan itu, tidak kurang juga yang menganggap ia terlalu berlebihan.
Farhana Zahra Lelong Motosikal RXZ RM1 Juta
Tidak cukup dengan kisah hari jadi mewah, Farhana sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan mahu menjual sebuah motosikal Yamaha RXZ miliknya pada harga RM1 juta menerusi siaran langsung TikTok.
Menurut beliau, motosikal edisi khas itu adalah “RXZ Unregister Nos Original kilang” dan hanya terdapat satu unit sahaja di Malaysia.
“Motor ni dulu saya beli RM146,000, tapi sebab dah simpan hampir setahun, saya nak jual RM1 juta saja. Siapa kata RM1 juta mahal, demo tak kenal bare (barang).”
Menariknya, motosikal tersebut pernah mendapat tawaran sehingga RM30 juta daripada peminat. Namun, tindakan Cik Na meletakkan harga setinggi RM1 juta tetap mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menyifatkan harga tersebut tidak masuk akal, malah lebih baik dibelanjakan untuk membeli kereta mewah seperti Lamborghini atau Harley Davidson. Namun ada juga yang percaya ia hanyalah sebahagian daripada strategi ‘content’ untuk menarik perhatian di media sosial.
Penutup
Tidak dinafikan, Farhana Zahra merupakan antara figura usahawan wanita yang cukup berpengaruh di Malaysia. Sama ada melalui perniagaan, sifat dermawan atau kontroversi gaya hidup mewahnya, beliau tetap berjaya mencuri perhatian masyarakat.
Bagi penyokongnya, Farhana adalah inspirasi wanita berjaya yang tidak takut untuk menonjolkan kejayaan. Namun, bagi pengkritik, gaya hidupnya dianggap keterlaluan. Apa pun, nama Cik Na pastinya akan terus menjadi sebutan dalam dunia bisnes dan hiburan tanah air.