Tanggal 9 Januari 2017, nama Malaysia sekali lagi mengharum di mata dunia apabila penyerang skuad Pulau Pinang, Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland. Puskas Award adalah anugerah yang diberikan kepada pemain bolasepak yang menjaringkan gol paling cantik, hebat dan luar biasa sepanjang tahun tersebut.
Kejayaan itu disebabkan oleh jaringan ajaib yang dilakukannya sewaktu membantu pasukan Pulau Pinang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari 2016.
Paling menarik, video jaringan Faiz yang diambil daripada rakaman siaran langsung di TV1 menjadi viral di media-media sosial sehingga FIFA menerusi laman web rasminya, www.fifa.com pada Disember 2016 mengumumkan jaringan Faiz tersenarai antara tiga jaringan terbaik dunia untuk anugerah tersebut.
Untuk rekod, video jaringan Faiz yang dimuat naik oleh FIFATV di laman YouTube pada 21 November 2016 telah ditonton lebih dua juta pelayar dari seluruh dunia.
Berikut, kami kongsikan dengan anda mengenai biodata dan trivia menarik mengenai anak kelahiran negeri jelapang padi ini.
Biodata Faiz Subri
- Nama Sebenar: Mohd Faiz Subri
- Nama Panggilan: Faiz
- Tarikh Lahir: 8 November 1987
- Asal: Air Hitam, Kedah
- Keluarga: Anak ketiga daripada lima adik-beradik.
- Kerjaya: Pemain Bola Sepak Profesional
- Nama Isteri: Norzawanis Hashim
- Nama Anak: Akif Fayyadh dan Aqil Zayyan.
- Twitter: @faizsubri131
- Facebook: https://www.facebook.com/mohdfaizsubri13
- Instagram: https://www.instagram.com/faiz_subri13
Trivia Faiz Subri
- Pembabitan awal dalam arena suka bola sepak menerusi skuad remaja Kedah (2006-2009).
- Selain Pulau Pinang, Faiz pernah bermain bersama Perlis, T-Team, Kelantan dan Terengganu.
- Posisi dipadang bola sepak: Attacking Midfielder, Winger dan Striker
- Kelajuan, tendangan tepat dari jarak jauh serta teknik hantaran bola kepada rakan sepasukan merupakan kelebihan Faiz di padang bola sepak.
- Kelengkapan yang dipakai Faiz seperti jersi ketika menjaringkan gol ala Roberto Charlos itu dilelong pada harga permulaan sebanyak RM100,000 bertujuan untuk mengumpul dana bagi pelaksanaan program pembangunan bola sepak bawah 16 tahun dan pencarian bakat muda bola sepak.
- Akibat cuaca sejuk, Faiz tidak dapat memakai persalinan lengkap baju Melayu berserta songket bernilai RM3,000 itu di majlis anugerah berkenaan. Pakaian itu dihadiahkan oleh Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) sebagai tanda penghormatan kepadanya.
Video jaringan ajaib Faiz Subri yang telah memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016.
Tahniah diucapkan kepada Faiz Subri. Semoga kejayaan Faiz menjadi inspirasi kepada belia-beliawanis kita untuk meraih kejayaan mengikut cara masing-masing.
Sebagai anak Kedah berbangga dengan pencapaian beliau… hentikan la tohmahan kenapa tak pakai baju melayu, lambat respon time nak berucap.. dan lain2 isu kecik.. bukan senang kot nak dapat anugerah yang satu dunia tengok…