Biodata Alha Alfa
- Nama Penuh: Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil
- Nama Panggilan: Alha
- Umur: 32 tahun (2020)
- Asal: Kuala Lumpur
- Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Bina
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Agama: Islam
- Pekerjaan: Jurusolek Artis dan Pengasas Produk Kosmetik Alha Alfa Cosmetics
- Instagram (IG): @alhaalfa
- Facebook: @AlhaAlfa
Fakta Menarik
- Mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2A 4B 3C.
- Selepas SPM, bekerja sebagai tukang cat untuk menjana pendapatan kerana dirinya bukan berasal dari keluarga berada.
- Di samping itu, beliau turut melakukan perkerjaan lain iaitu sebagai ‘pembuat Pizza’ di Pizza Hut untuk menambah pendapatan.
- Berbekalkan sedikit simpanan, beliau menyambung pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak.
- Ketika belajar, Alha terus berusaha mengumpul duit dengan bekerja sebagai jurumekap sambilan, sambil menolong membiayai persekolahan dua adiknya.
- Semasa pengajian, beliau pernah menerima Anugerah Dekan disebabkan kecemerlangannya.
- Beliau seterusnya menyambung pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pula.
- Di samping itu, kerjaya sebagai makeup artist turut berkembang sehingga terpilih dalam menjayakan beberapa produksi drama.
- Beliau bijak mencari peluang apabila membina ‘networking‘ dengan beberapa selebriti popular yang sekaligus mengangkat namanya di persada dunia hiburan.
- Beliau pernah bertugas sebagai pembantu peribadi kepada Amy Mastura.
- Pada pertengahan 2017, beliau berjaya menghasilkan produk kosmetik sendiri yang diberi nama ‘Alha Alfa Cosmetics‘. Malahan beliau mempunyai lebih kurang seribu pelajar di bawah didikannya.
- Jenama kosmetiknya pernah menjadi penaja utama bagi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober 2018.
- Pernah menyolek ramai selebriti popular tanahair antaranya Fasha Sandha, Ayda Jebat, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Zara Zya, Jihan Muse dan ramai lagi.
- Berkahwin dengan seorang model bernama Noor Azlin Ismail pada 28 September 2019.
- Beliau mengakui bahawa sikap matang yang ada pada diri Azlin membuatkan dia jatuh hati pada wanita itu.
- Bagaimanapun, selepas hampir enam bulan melayari kehidupan bersama sebagai suami isteri, pasangan ini mengesahkan hubungan mereka berakhir dengan perceraian.