Biodata Siti Nordiana
- Nama Penuh: Siti Nordiana binti Alias
- Nama Panggilan: Nana
- Tarikh Lahir: 22 November 1984
- Asal: Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan
- Pekerjaan: Penyanyi, Pelakon dan Ahli Perniagaan
Kerjaya Seni Siti Nordiana
- Mula Menyanyi: Tahun 1999 ketika berusia 15 tahun
- Genre Muzik: Pop, Pop Etnik
- Label: FMC (Fantasia Music City)
- Lagu Popular: Cinta Hanya Sandaran, Terpaut Sayang Padamu, Memori Berkasih, Gurauan Berkasih, Paling Comel (duet dengan Achik Spin), Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Bakawali, Habibah Maisara (duet dengan Syura), Kasihmu Seakan Berubah, Terus Mencintai
- Album Solo:
– Gurindam Rindu Berkasih (1999)
– Luahan Hati Kekasih (2000)
– Bingkisan Kasih (2001)
– Pelangi (2004)
– Semakin Jelas (2011)
– Anakku Sayang (2015) - Album Duet:
– Firus (2001) bersama Syura
– Istimewa Untukmu (2003) sebagai Achik & Nana
– Benang Emas (2006) sebagai Achik & Nana - Album Kompilasi:
– The Best Of Siti Nordiana – Rintihan (2002)
– Cahaya Kekasih (2007)
Fakta Menarik Tentang Siti Nordiana
- Kerjaya Siti Nordiana kembali meningkat naik selepas menjuarai pertandingan TV Gegar Vaganza musim ke-2 (GV2).
- Siti Nordiana amat dikenali dengan pasangan duonya bersama Achik Spin dan berjaya memikat hati pendengar dengan dua buah album studio yang membariskan lagu terbaik seperti Paling Comel, Memori Berkasih dan Gurauan Berkasih.
- Siti Nordiana juga pernah berkahwin dengan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie. Namun jodoh mereka tidak kekal apabila bercerai pada 14 September 2009.
- Nana juga pernah berlakon walaupun tidak sehebat kerjaya nyanyiannya. Antara drama lakonannya adalah Wad 04, Helah, 3 Dara Pingitan, Nenas Dan Ikanku dan Aku Budak Minang 2 serta telefilem berjudul Prahara. Di samping itu, beliau juga bakal muncul dalam drama bersiri Dia Semanis Honey yang diadaptasi dari novel karya Dila Dyna.
- Nana juga menceburkan diri dalam bisnes jubah dan pakaian Muslimah dengan jenama “Paling Comel”. Beliau juga baru saja melancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu NanaRayyan pada tahun 2016.
ape pn sye mmg minat nana dpd nana mula menyanyi.