Langgan newsletter kami!
Be Careful Of Beauty Supplement

Awas Bahan Terlarang Dalam Supplemen Kecantikan

Tidak cukup dengan penggunaan kosmetik, ramai yang mengambil supplemen kecantikan untuk mendapatkan kulit dan tubuh badan yang menawan. Meskipun popular, supplemen kecantikan sebenarnya boleh membahayakan nyawa anda kerana mengandungi bahan terlarang yang mengakibatkan kerosakan organ dalaman termasuklah buah pinggang, hati dan jantung. Anda juga mungkin mengalamai kesan sampingan muntah-muntah, loya, pening dan masalah pernafasan.

Selain bahan-bahannya, cara pengambilan supplemen juga boleh mengakibatkan kematian sekiranya berlebihan, diambil dalam jangka masa yang panjang serta diambil bersama makanan dan minuman yang boleh mengganggu keadaan tubuh badan.

Misalnya, anda ingin menurunkan kadar kolesterol dalam badan dan telah membaca bahawa beras yis merah boleh membantu. Anda pun mengambilnya sedangkan anda telah mengambil preskripsi statin daripada farmasi. Kesannya, kadar kolesterol anda menjadi terlalu sedikit dan membahayakan anda.
 

Bahan Berbahaya Dalam Supplemen

Natural ataupun tidak, tradisional ataupun moden, supplemen kecantikan dan kesihatan masih boleh membahayakan kesihatan. Antara bahan-bahan yang berisiko termasuklah:

  • Aconite, digunakan untuk keradangan, sakit sendi, atau gout
  • Caffeine powder, digunakan untuk menurunkan berat badan, menambah tenaga, dan prestasi sukan
  • Chaparral, digunakan untuk menurunkan berat badan, keradangan, demam, gatal-gatal badan, dan masalah jangkitan
  • Coltsfoot, digunakan untuk batuk, sakit tekak, dan asma
  • Comfrey, digunakan untuk batuk, sakit perut, dan sakit dada
  • Germander, digunakan untuk menurunkan berat badan, demam, arthritis, gout, dan sakit perut
  • Greater Celadine, digunakan untuk sakit perut
  • Green tea extract powder, digunakan untuk menurunkan berat badan
  • Kava, digunakan untuk anxiety dan insomnia
  • Lobelia, digunakan untuk masalah pernafasan dan untuk mereka yang ingin berhenti merokok
  • Methylsynephrine, digunakan untuk menurunkan berat badan, menambah tenaga, dan prestasi sukan
  • Pennyroyal oil, digunakan untuk masalah pernafasan dan sembelit
  • Red yeast rice, digunakan untuk menurunkan kolestrol dalam badan
  • Yohimbe, digunakan untuk meninggikan libido, mati pucuk, kemurungan, dan menurunkan berat badan

Bahan-bahan ini kadang kala disenaraikan dengan nama lain, jadi anda mestilah peka ketika membelek pembungkus supplemen di farmasi atau kedai jamu. Anda membuat langkah bijak sekiranya memastikan dulu kandungannya sebelum membuat pembelian. Segala info ada di hujung jari anda untuk di-google, mustahil untuk anda tidak mengambil tahu!

Jika anda mengharapkan pekerja di farmasi untuk menerangkan setiap isi kandungan sesuatu supplemen, lebih baik jangan. Tidak ramai pekerja yang benar-benar mengambil tahu tentang produk yang dijual. Mereka akan menggalakkan anda untuk membeli walaupun ia mungkin tidak berkesan malah membahayakan anda.

Seorang penasihat perubatan mengatakan bahawa ada golongan tertentu yang perlu mengambil supplemen atau makanan tambahan ini tetapi tujuannya bukanlah semata-mata kecantikan. Wanita yang sedang hamil, mereka yang mempunyai masalah pemakanan, mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, dan mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang kronik perlu mengambil supplemen tetapi di bawah pengawasan doktor.

Sebenarnya, supplemen kecantikan bukanlah satu keperluan untuk anda menjadi cantik atau kekal cantik. Cantik itu sendiri sesuatu yang subjektif, tidak terhad kepada kulit yang bebas cela dan tubuh yang langsing. Apa yang handa harus lakukan adalah makan makanan berkhasiat dengan seimbang, selalu bersenam dan rehat dengan secukupnya untuk kekal muda dan jelita. Klise, tapi itulah kebenarannya yang mesti anda terima dan amalkan.

 

Semak Senarai Produk Mengandungi Bahan Terlarang

Untuk menyemak senarai produk yang telah diharamkan penjualannya di pasaran, sila layari http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/adulterated. Sebelum membeli sebarang supplemen, ingatlah bahawa anda hanya memiliki satu jasad untuk digunakan sehingga hari tua yang mesti anda jaga dengan baik. Jangan pula kerana ghairah ingin menjadi cantik, anda sanggup membahayakan kesihatan anda sendiri.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: