Langgan newsletter kami!
Bitcoin

Apa Itu Bitcoin? Sedikit Panduan Untuk Anda

Apa Itu Bitcoin?

Bitcoin adalah cryptocurrency. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami orang, Bitcoin adalah matawang digital (digital currency). Transaksi Bitcoin dibuat tanpa menggunakan orang tengah – bermakna, tiada bank! Tiada yuran transaksi dan tidak perlu memberikan nama sebenar anda.

Kini lebih banyak peniaga mula menerima Bitcoin antaranya anda boleh membeli perkhidmatan webhosting dan domain, memesan pizza malahan perkhidmatan manicure pun boleh dibayar menggunakan Bitcoin!

Sejarah Bitcoin

Bitcoin dicipta oleh seorang pengaturcara komputer yang digelar dengan nama ‘Satoshi Nakamoto’. Ia dikeluarkan sebagai open-source software pada Januari 2009.

Bitcoin bersifat decentralized. Maksudnya, ia tidak dikeluarkan atau dikawal oleh mana-mana negara. Tidak seperti matawang Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM.

Cara yang paling mudah untuk menggambarkan Bitcoin adalah ‘mata wang Internet’. Bayangkan Internet sebagai sebuah negara dan Bitcoin boleh dihantar ke mana-mana penerima tanpa sempadan geografi. Kerana ia tidak terikat dengan mana-mana negara, anda boleh menggunakannya secara berkesan di mana-mana di seluruh dunia sama ada secara dalam talian (online) ataupun luar talian (offline), selagi anda mempunyai akses kepadanya.

Kenapa Guna Bitcoin?

Bitcoin boleh digunakan untuk membeli barangan secara anonymous, bermaksud anda tidak perlu menggunakan identiti sebenar untuk membuat atau menerima bayaran.

Di samping itu, pembayaran yang merentasi negara adalah sangat mudah dan murah kerana Bitcoin tidak terikat kepada mana-mana negara atau tertakluk kepada peraturan.

Bitcoin Sebagai Pelaburan

Kini, ramai orang membeli Bitcoin sebagai pelaburan, dengan harapan nilai Bitcoin akan meningkat lagi pada masa yang akan datang. Bukan sahaja Bitcoin malahan cryptocurrency lain yang lebih murah nilainya pada waktu ini seperti EthereumRipple, Zcash, Dash, Dogecoin, LitecoinMonero dan banyak lagi menjadi perhatian pelabur.

Untuk melihat harga terkini Bitcoin dan matawang digital yang lain, anda boleh rujuk website coinmarketcap.com.

Untuk rekod, dalam masa 7 tahun sahaja nilai Bitcoin telah meningkat naik dari USD0.003 pada tahun 2010 kepada USD2,400 pada hari ini di tahun 2017. Dan sehingga kini pun, nilai Bitcoin semakin meningkat dari hari ke hari.

Sebagai perbandingan, jika anda membeli Bitcoin dengan nilai USD100 (lebih kurang RM400) pada tahun 2010, nilainya kini mencecah lebih RM312 juta pada tahun 2017! Wow itulah realiti tentang Bitcoin ini.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: