Langgan newsletter kami!
Aktiviti Harian Kanak Kanak Di Rumah

Aktiviti Harian Kanak-kanak di Rumah

Setiap dari kita mempunyai rutin harian yang tersendiri. Mungkin bagi orang dewasa rutinnya bekerja dan bila tiba hari minggu baru diatur apa aktiviti yang akan dilakukan dengan keluarga. Tetapi berbeza dengan rutin anak-anak yang mana, mereka setiap hari telah disediakan pelbagai aktiviti semata-mata untuk membantu meransang perkembagan diri mereka. Aktiviti harian anak-anak perlu diatur dengan betul supaya mereka tidak cepat bosan terutamanya pada ketika kita di zaman wabak Covid-19 dan di waktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Jadual Aktiviti Harian Kanak-kanak

1. Permainan

Pada usia mereka yang masih muda, otak kanak-kanak mudah dirangsang dengan aktiviti yang mereka lakukan. Maka pada peringkat umur mereka, janganlah selalu mengambil langkah mudah dengan menyerahkan gadjet seperti telefon untuk mereka bermain. Kenapa? Gadjet akan membawa kepada ketagihan sekaligus sukar membantu minda kanak-kanak berkembang.

Jadi, permainan fizikal adalah penting dalam fasa ini untuk membantu minda mereka berkembang. Antara permainan yang boleh diberikan kepada mereka adalah:

  • Lego
    Lego ini mempu membantu mereka untuk membentuk kreativiti dan imaginasi yang dapat mengajar mereka untuk menyelesaikan masalah.
  • Puzzle
    Puzzle memainkan peranan untuk mengasah skill mereka untuk fokus dan tahap critical thinking seseorang.

Maka, aktiviti bermain secara fizikal perlu diterap dalam rutin harian mereka untuk membentuk dan merangsang minda supaya lebih berkembang dan membantu mereka untuk lebih aktif dalam pembelajaran.

2. Ibadah

Sebagai ibu bapa, ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita semua manfaatkan memandangkan ramai dari kalangan kita mempunyai masa terluang. Jangan membiarkan anak-anak terlalu leka dengan gadget dan mainan masing-masing. Tetapi suntiklah sedikit dengan elemen ibadah di dalam suasana rumah kita dengan pelbagai kaedah. Antaranya adalah dengan mengajak anak untuk solat fardhu secara berjemaah dan membaca Al-Quran bersama-sama. Ibadah yang dilakukan bersama anak-anak bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sekeluarga tetapi turut membantu mengukuhkan daya ingatan mereka.

Suntikan elemen ibadah dalam rutin harian kanak-kanak dapat melatih mereka untuk lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Maka ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sehabis baik demi melahirkan insan yang seimbang dunia dan akhirat.

3. Pendidikan

Pernah anda dengar kata-kata “pendidikan yang baik bermula daripada rumah” atau peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”? Jadi, kata-kata ini sangat sesuai untuk menggambarkan bagaimana pentingnya pendidikan untuk kanak-kanak seawal usia mereka di rumah. Pada peringkat umur bayi sehingga 5 tahun, minda adalah dalam fasa perkembangan yang penting untuk mempelajari ilmu asas dalam kehidupan yang akan mempengaruhi masa hadapan. Fasa kanak-kanak ini boleh dipanggil sebagai fasa awal kehidupan untuk seseorang di mana, ketika ini ibubapa merupakan guru pertama yang penting untuk mencorakkan gaya hidup anak-anak.

Antara pembelajaran yang boleh diterapkan oleh ibubapa pada peringkat ini adalah dengan memberi pencerahan kepada mereka tentang bentuk, masa dan sebagainya. Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti pembelajaran in bersama mereka dengan cara membaca, mewarna, menggunakan muzik atau pelbagai aktiviti pembelajaran yang lain.

4. Aktiviti Sosial

Aktiviti sosial boleh dilakukan bersama anak-anak dengan cara membawa mereka keluar dan bergaul bersama rakan sebaya supaya dapat melatih skill untuk bergaul dan membentuk keyakinan dalam diri kanak-kanak.

Nanti bila sudah masuk sekolah, tidaklah mereka menjadi tercengang seperti rusa masuk kampung untuk bergaul dengan rakan- rakan yang lain.

5. Pakaian

Pada usia 3 tahun kanak-kanak sudah mampu untuk belajar memakai pakaian secara sendiri dan ada di kalangan mereka sudah mampu membuat pilihan baju mana yang hendak dipakai. Maka, pakaian yang ceria dan mempunyai corak yang cantik seperti corak kartun ‘didi and friends’ mampu memainkan peranan, menarik perhatian kanak-kanak untuk berlatih memakainya.

Pada fasa ini aktiviti yang boleh ibu bapa lakukan adalah dengan mengajar mereka memakai baju dengan cara yang betul atau boleh membuat role play di hadapan anak-anak supaya mereka dapat mengikut perbuatan kita. Jangan dilupa juga, sediakan baju tidur kanak-kanak yang cantik, barulah mereka ada mood untuk tidur dan bersemangat memulakan hari esok.

Banyak kan aktiviti harian yang boleh kanak kanak buat? Jadi tiada lagi alasan untuk kita membiarkan anak-anak seawal usia ini berkepit bersama gadjet mereka seharian.

Untuk parents yang sedang mencari baju tidur budak yang cantik untuk anak-anak, jom shopping di shopee “Khairol Arrumi Store” sebab di sini ada lebih daripada 100 corak baju tidur kanak-kanak yang menarik tau! Yang penting selesa dan kualiti tiptop.

Khairol Arrumi Store (1)

Caraousell (1)

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: