Jika anda kerap memasak ayam sebagai lauk, apa kata kali ini cuba sesuatu yang lain pula. Resepi ikan masak stim style cina ini cukup mudah dan cepat disediakan. Makan bersama nasi dan sayuran untuk hidangan yang umph!
Bahan-bahan Resepi Ikan Masak Stim (Chinese Style)
- 1 cawan stok ayam
- 1 sudu besar jus lemon
- Seekor ikan besar pilihan anda, berkulit (biasanya ramai yang suka ikan siakap)
- 3 biji bawang spring
- 5 cm halia, dikupas
- 2 sudu besar kicap
- 2 sudu besar minyak bijan
- Sedikit garam
Untuk makluman, resepi asal menggunakan sedikit wine tetapi telah digantikan dengan stok ayam dan jus lemon untuk makanan yang halalan toyyiban.
Cara Membuat Ikan Masak Stim (Chinese Style)
- Simbahkan ikan dengan stok ayam dan lemon kemudian taburkan garam. Ketepikan.
- Hiris nipis 2 biji bawang dan potong separuh halia panjang-panjang. Kemudian, cincang bawang dan halia yang selebihnya.
- Letakkan bawang dan halia yang dicincang di atas pinggan. Kemudian, letakkan ikan ke atasnya. Tambahkan sesudu kicap secara merata.
- Masukkan pinggan ke dalam periuk dan stim selama 6-7 minit atau lebih jika isi ikan tebal.
- Angkat ikan sahaja dan hidangkan di atas pinggan yang lain. Kemudian, tambahkan bawang dan halia yang telah dihiris ke atasnya.
- Panaskan sebentar minyak bijan di dalam kuali kemudian tuangkan ke atas ikan bersama sesudu lagi kicap.
- Masakan anda sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.