Langgan newsletter kami!
Homemade Popcorn Yang Sedap

Resepi Popcorn Pelbagai Perisa

Buat kaki filem atau drama sekalian, berikut dikongsikan resepi dan cara membuat popcorn pelbagai perisa untuk dimakan di depan televisyen atau komputer riba. Resepi popcorn ini luar biasa sedikit daripada apa yang anda selalu makan di panggung wayang. Jika makan bersama orang lain, pasti mereka akan minta lagi dan datang menonton setiap minggu!

Popcorn Kayu Manis Bergula

Bahan-bahan:

  • 10 cawan bertih jagung
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam, dicairkan
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
  • 2 sudu besar gula

Cara penyediaan:

  1. Dalam bekas yang besar, gaulkan bertih jagung bersama mentega.
  2. Campurkan serbuk kayu manis dan gula dalam bekas lain yang kecil.
  3. Taburkan pada bertih jagung tadi dan gaul hingga sebati.

Popcorn Matcha

Bahan-bahan:

  • 10 cawan bertih jagung
  • 1 1/2 sudu besar minyak kelapa yang cair
  • 1 sudu besar serbuk matcha
  • Garam laut, secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Dalam bekas yang besar, gaulkan bertih jagung bersama minyak kelapa.
  2. Taburkan serbuk matcha dan garam pada bertih jagung dan gaul sehingga sebati.

Popcorn Coklat Gelap Bergaram

Bahan-bahan:

  • 10 cawan bertih jagung
  • 4 ounce coklat gelap, dipotong-potong
  • 1 sudu kecil garam laut, dibahagi dua

Cara penyediaan:

  1. Letakkan bertih jagung di dalam bekas besar. Lapikkan dulang dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Campurkan coklat dan 1/2 bahagian garam di dalam bekas yang boleh diletakkan dalam microvawe. Panaskan campuran pada kenaikan 30 saat sehingga cair sepenuhnya.
  3. Tuangkan coklat yang telah cair pada bertih jagung dan gaul sebati dengan segera.
  4. Kemudian, susunkan bertih jagung yang disalut coklat di atas dulang yang dilapik. Taburkan baki garam.
  5. Tinggalkan pada suhu bilik selama 45 minit hingga 1 jam, sampai coklat mengeras.

Popcorn Karamel Bergaram

Bahan-bahan:

  • 10 cawan bertih jagung
  • 1/2 cawan mentega tanpa garam
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan sirap maple
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1/2 sudu kecil garam laut
  • 1/4 sudu kecil serbuk penaik

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bertih jagung dalam bekas yang besar dan ketepikan.
  2. Untuk membuat sos karamel, cairkan mentega pada api sederhana besar. Tuangkan gula merah dan sirap maple sedikit demi sedikit. Biarkan mendidih dan masak selama 3 minit.
  3. Tambah ekstrak vanila, garam dan serbuk penaik. Gaulkan.
  4. Tuang sos karamel perlahan-lahan pada bertih jagung dan gaul dengan kerap.
  5. Biarkan sehingga sejuk sedikit.

Sumber resepi: hellofresh.com

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: