Selamat pengantin baru diucapkan kepada penyanyi, Hazama dan pasangannya, Genervie Kam yang telah selamat diijabkabul pada 15 Jan 2017 dengan mas kahwin sebanyak RM300. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja di Orchard Villa, Gombak. Menurut Hazama, kedua-dua buah keluarga sudah bersetuju untuk melakukan perkara yang wajib sahaja dahulu.
“Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin,” kata Hazama.
Genervie Kam adalah seorang pemuzik yang terkenal. Pasangan ini telah bercinta selama hampir lima tahun dan selesa melangsungkan perkahwinan dengan cara yang sederhana tanpa majlis besar-besaran.
Biodata Genervie Kam, Isteri Hazama
- Nama Sebenar: Genervie Kam Shi Ling
- Nama Panggilan: Gen
- Tarikh lahir: 24 May 1980
- Umur: 37 tahun (2017)
- Asal: Petaling Jaya, Selangor
- Bangsa: Cina
- Agama: Kini memeluk agama Islam
- Adik-beradik: Kakak kepada Arthur Kam (pemain drum)
- Warganegara: Malaysia
- Pekerjaan: Pemain violin, piano dan pengarah muzik
Fakta Menarik Tentang Genervie Kam
- Merupakan bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia.
- Pernah membuat persembahan dengan dengan artis terkenal seperti Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ning Baizura, Anuar Zain, Nikki, Mawi, Hazami, Vince, Faizal Tahir, Bunkface, Hujan dan Tomok.
- Menggemari masakan Melayu seperti ikan patin masak tempoyak.
- Telah memeluk agama Islam beberapa bulan sebelum berkahwin dan memilih untuk mengekalkan nama asalnya.