Langgan newsletter kami!

Motivasi Bisnes Buat Orang Kita

Pandelela Rinong masa Olimpik Rio 2016 yang lepas, menang pingat Perak dalam acara terjun seirama. Balik dari Rio, memang banyak habuan yang dia dapat. Sebuah kondominium harga RM700,000 dari Tenaga Stabil Sdn Bhd, RM500,000 oleh kerajaan negeri dan RM100,000 daripada sebuah syarikat swasta, Techninier Sdn. Bhd.

Semua habuan yang dia dapat ni berjumlah RM1.3 juta. Itu belum lagi habuan Kerajaan Persekutuan. Siap dengan pencen bulanan seumur hidup RM3,000 sebulan. Tak payah dah susah-susah bekerja bila dah pencen dari sukan.

Inilah hasilnya Pandelela yang dari kecil lagi berlatih. Dari kecil, bukan sebulan dua punya usaha ni. Berlatih, tak jadi, berlatih lagi. Terjun, kaki tak lurus, naik atas, terjun lagi. Barulah boleh dapat RM1.3 juta tu.

Cuba bayang, kalaulah masa awal-awal dia terjun dulu, kaki tak lurus, percikan air banyak, dan dia putus asa. Confirm dia tak akan dapat pingat Perak di Rio. Dan confirm dia tak akan dapat habuan Rm1.3 juta tu.

Jadi peniaga-peniaga muda yang baru nak mula ni, setakat sekali buat iklan FB, esok belum dapat RM1.3 juta, janganlah putus asa. Buatlah bagi konsisten. Buat lagi dan lagi sampai jadi.

Ini tak, hari ni jual benda ni, esok tukar ke benda lain. Tengok orang lain jual benda tu laku, nak try jual. Orang jual kopi gelas besar banyak, hang pun nak try buat. Esok lusa, jual benda lain pula.

Kalau macam tu, bila nak berjayanya? Sekian motivasi bisnes dari saya yang masih baru nak berjinak-jinak ni.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: