Siapakah Saixse? Nama jejaka ini menjadi sebutan dek kerana lagu Malampagi menjadi fenomena dalam kalangan pendengar selepas ia viral di aplikasi TikTok. Lirik lagu tersebut sememangnya ‘catchy’ dan unik terutamanya bait-bait bawah:
Malam
Masih muda
Asal kau duduk macam tak buat apa
Bazir masa nak fikir tentang cinta
Yea aku sakit
Aku healing sampai pagi tak balik
Lagu ini juga mengandungi kata yang berkait dengan individu yang sedang melalui fasa ‘healing’. Sememangnya betul-betul menusuk ke jiwa. Jadi siapakah sebenarnya pemilik suara lagu ini? Jom kita semak biodata Saixse.
Biodata Saixse
- Nama Penuh: (tiada info)
- Nama Pentas: Saixse
- Umur: 21 tahun (2023)
- Asal: Kuala Lumpur
- Jantina: Lelaki
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Status: Bujang
- Pekerjaan: Penyanyi
- Lagu: Malampagi, Malampagi (Remix) ft. MK K-Clique, 23
- Media Sosial:
– TikTok: @saixxse
– Instagram: @saixse
– Youtube: @saixse - Channel Muzik:
– Apple Music
– Spotify
– Soundcloud
Perkara Menarik Tentang Saixse
- Mula berjinak dalam industri muzik melalui platform Soundcloud sejak berusia 16 tahun dan berjaya mencatat 500,000 putaran setakat akhir 2020.
- Melancarkan album pertamanya, XSE di bawah label Nicerrr Sound pada 2021 yang mengandungi 10 buah lagu berdurasi 25 minit keseluruhan.
- Lagu pertama gubahan beliau yang mendapat perhatian adalah Vibe dan disusuli Vibe II yang menampilkan penyanyi Eemrun.
- Mula meletup dan dikenali peminat muzik arus perdana selepas lagu MalamPagi menjadi trending di TikTok.
- Muzik video Malam Pagi hasil arahan pelakon Nadhir Nasar yang dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube pada 4 Julai 2023 telah meraih sebanyak 300,000 tontonan dalam masa sehari ditayangkan.
- Video klip hasil kolaborasi bersama MK K-Clique ini telah mencatat 2.7 juta tontonan sehingga artikel ini ditulis.
- Pernah dikecam netizen susulan nyanyian secara langsung (live) menerusi sebuah acara dilihat tidak sama seperti dalam versi rakaman studio. Namun begitu beiau tidak berkecil hati dan menerima teguran tersebut sebagai perkara positif untuk memperbaiki persembahannya di masa akan datang.