Langgan newsletter kami!
Stock Trading Fxtm

Bagaimana Memulakan Perdagangan Saham di Malaysia

Dunia digital banyak memudahkan semua urusan. Kini tidak ada lagi riuh rendah suara tawar-menawar ketika perdagangan saham sedang berlangsung, seperti ketika zaman manual. Lupakan sistem yang melecehkan dan kompleks, segalanya terbentang luas untuk anda memulakan langkah perdagangan saham anda.

Apa Itu Bursa Malaysia

Bursa Malaysia adalah seperti “pasar besar” untuk untuk pelaburan saham bagi pelabur-pelabur untuk tawar menawar harga saham sesebuah syarikat. Syarikat awam yang disenaraikan di papan utama, kedua dan Mesdaq boleh dijual beli oleh para pedagang yang berminat. Perdagangan saham bermaksud anda akan menjual, membeli atau memegang saham yang disenaraikan dengan satu tujuan, iaitu mendapat pulangan pelaburan.

Apa Itu Akaun CDS

Sepertimana akaun simpanan di bank untuk menyimpan wang, anda perlu membuka satu akaun CDS (Central Depository System) untuk merekodkan semua transaksi atau pegangan saham semasa atau terdahulu. Ada dua jenis akaun CDS yang boleh dibuka bagi pelabur individu iaitu akaun Direct CDS dan juga akaun Penama CDS (Nominee). Kedua-dua akaun boleh dibuka dengan mana-mana syarikat broker saham. Akaun Direct CDS akan didaftarkan di bawah nama anda manakala bagi akaun Penama CDS, nama broker akan tertera pada pemilikan saham.

Broker atau Pelaburan Sendiri?

Anda juga boleh memilih sama ada untuk melabur sendiri atau dengan syarikat broker melalui remiser (agen syarikat broker berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti) yang berpengalaman. Melalui sistem perdagangan dalam talian, anda mengendalikan perdagangan saham sendiri dengan lebih pantas dan selesa. Kedua-dua cara ada kelebihan dan kekurangan dari segi bayaran brokerage, risiko kecuaian atau keselesaan. Objektifnya tetap sama — meraih keuntungan!

Pelaburan saham memerlukan kombinasi kepakaran, pengalaman dan juga analisis teknikal. Namun sekalipun pelaburan boleh menjanjikan pulangan, anda masih menanggung risiko jika hanya bergantung kepada satu jenis pelaburan sahaja. Sebagai contoh, kejatuhan pasaran saham pada sekitar Mac 2020 akibat ketidakstabilan politik dan serangan awal Covid-19 menyebabkan ramai pelabur mengeluh dan ada juga yang jatuh terduduk. Keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya anda mempelbagaikan pelaburan anda. Salah satunya dengan melabur di dalam tukaran wang asing (forex) atau pun instrumen lain seperti komoditi, perbezaan kontrak (CFD) dan indeks.

Platform Dagangan Alternatif

Meta Trader 4 atau MT4 adalah platform dagangan yang sangat terkenal di Malaysia dan melalui FXTM — broker yang terkenal dan dipercayai oleh jutaan pedagang seluruh dunia — di dalam pelbagai pasaran dan instrumen kewangan terutamanya forex. Jika Bursa Malaysia adalah ‘pasar’ kepada saham di Malaysia, MT4 pula menyediakan platform untuk anda ‘pasar yang berganda besar saiznya’ dengan ciri-ciri keselamatan, interaktif dan mudah untuk membantu anda menganalisis pasaran pada waktu nyata.

Sudah tahu asas perdagangan saham? Gunakan peluang menambah keuntungan melalui platform lain.

Kunci utama perdagangan saham adalah permintaan. Jika sesebuah syarikat awam mempunyai prestasi yang baik, ini menarik minat pelabur untuk mendapatkan saham dan permintaan yang tinggi akan menaikkan harga saham. Jika anda faham mengenai perdagangan saham, mengapa tidak gunakan kepakaran anda berdagang melalui MT4 dengan pulangan keuntungan dari pelbagai sudut pelaburan?

Tiada sifir mudah untuk meramalkan harga saham dengan tepat. Namun, analisis teknikal dan kajian mengenai trend dapat membantu anda meramal pola perubahan harga saham. Konsep yang sama dipraktikkan melalui MT4 di mana terdapat bantuan analisis dan juga pendapat daripada mereka yang pakar untuk memberi isyarat kepada anda untuk ‘beli’, ‘jual’ atau ‘pegang’ sesuatu instrument pelaburan kewangan.

 

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Discover the power of metatrader 5 Forex Signals on ForexVIPSignals. Traders’ testimonials highlight the effectiveness and precision of our MT5 signals, ensuring successful and profitable trading experiences.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: