Sebuah drama adaptasi novel berjudul ‘Akulah Cinderella‘ karya Nozi Danisya akan ditayangkan melalui TV Okey bermula 19 Jun 2020, pada setiap hari, jam 7.00 hingga 8.00 malam. Drama 13 episod ini dibintangi oleh pelakon cantik Oktovia Manrose di samping hero, Nafiez Zaidi. Selain itu, barisan pelakon yang lain ialah Kay Maria, Wanns Ahmad, Umie Danish, Xid Haixal, Jack Hadzriel dan YY Aleyqa.
Drama bersiri ini diarahkan oleh Datuk TS Jeffrey dan diterbitkan oleh produksi Pentas Wayang Productions Sdn Bhd. Ia mengisahkan tentang perubahan seorang gadis cantik yang bertukar kepada imej tomboy. Jadi, jangan lupa menyaksikannya di kaca TV (Astro Saluran 146) anda nanti. Selamat menonton!
Info Drama Bersiri
- Episod: 13 episod
- Tarikh Tayangan: 19 Jun 2020
- Waktu Siaran: Setiap hari, 7.00 – 8.00 malam
- Stesen TV: TV Okey (Astro 146)
- Penulis Skrip: Sofia J Rhyland
- Penulis Novel: Nozi Danisya
- Pengarah: Dato T.S. Jeffry
- Produksi: Pentas Wayang Productions Sdn Bhd
- Senarai Pelakon: Octovia Manrose, Nafiez Zaidi, Kay Maria, Wanns Ahmad, Umie Danish, Xid Haixal, Jack Hadzriel, YY Aleyqa
Watak Pelakon
- Oktovia Manrose sebagai Syah / Nur Aisyah
- Nafiez Zaidi sebagai Shafiq
- Kay Maria sebagai Datin Zulaikha
Sinopsis Akulah Cinderella
Mengisahkan tentang gadis cantik bernama Nur Aisyah, yang mengubah imej kepada tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya.
Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq.
Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq? Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?