Persaraan adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan dunia pekerjaan terutama sekali yang bekerja di sektor awam. Persaraan juga merupakan detik tamatnya perkhidmatan seseorang itu dengan majikannya.
Oleh itu wajarlah kiranya majlis persaraan seseorang itu tak kiralah sama ada beliau seorang guru, pegawai kerajaan atau apa jua pekerjaan diakhiri dengan iringan bacaan doa majlis persaraan.
Bacaan Doa Persaraan
[infobox style=”alert-success”]بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
(Bismillahir Rahmaanir Rahiim)
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
(Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin
Wasolaatu wassalaamu ‘alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin
Wa ‘alaaalihi wasohbihi ajma’in)
Ya Allah Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan rRahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada
Dato’/Datin/Encik/Puan _________(Nama Pegawai)____________
yang akan bersara dan menamatkankan perkhidmatannya sebagai
_________(Nama Jawatan)____________.
Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan juga ketenangan.
Ya Allah, Ya Aalim, Ya Qaadhial Hajat
Kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang perkhidmatan beliau di
_________(Nama Sekolah/Jabatan/Kementerian)____________
ini. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab pemimpin yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan organisasi. Engkau jadikanlah kesemuanya sebagai amal jariah yang berkekalan ganjarannya sampai bila-bila kepada beliau tanpa tertinggal walau sedikitpun. Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik dan selayak-layak pemberi balasan, dan hanya Engkaulah sahaja yang mampu membalasnya.
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram
Jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang dirahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diberkati. Janganlah Engkau jadikan perpisahan ini sebagai pemutus silaturrahim antara kami. Sebaliknya Engkau kekalkanlah ukhuwah yang telah sekian lama terjalin antara kami.
رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً
وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر
سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ
وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ
(Rabbana aatinaa fid dunya hasanah
Wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘azaaba Nnaar
Subha narabbika rabbi izzati amma yaasifunn
Wasalaa munn alal mursaliin
Walhamdulillahi robbil ‘alamiin)
Boleh kongsi jika bermanfaat.
tak kan doa mcm ni pun x boleh nak share…simpanlah ilmu tu…
Tuan boleh rujuk Versi PDF atau Versi Cetakan pada bahagian bawah artikel.
MOHON SHARE.TQ TUAN.