Langgan newsletter kami!
Gambar Ude Wahid Beristeri Dua

Biodata Ude Wahid, Susulan Kontroversi Perkahwinan Dengan Izreen Azminda

Siapakah Ude Wahid? Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude adalah seorang pemuzik bebas dan kini menjadi pemuzik untuk program Gegar Vaganza 4 (GV4).

Nama Ude Wahid menjadi trending baru-baru ini gara-gara perkahwinan beliau dengan pelakon popular Izreen Azminda. Menurut sumber, Ude dan Izreen berkahwin pada 8 Ogos 2017 lalu di di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapa Izreen, Mohd Aznam Mohd Noor.

Kontroversi tercetus apabila seorang perempuan bernama Intan Liana Saleh, 32, membuat pengakuan bahawa beliau adalah isteri pertama Ude.

“Saya dan Intan Liana Saleh, 32, mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu. Kami memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan,” katanya.

Untuk rekod, Izreen Azminda juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu. Anaknya bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berumur 4 tahun.

Apapun, kami mengharapkan yang terbaik buat pasangan ini. Walaupun hidup bermadu tak semestinya tak bahagia. Jodoh dan pertemuan semua adalah ketentuan-Nya.

Biodata Ude Wahid (Suami Izreen Azminda)

  • Nama Penuh: Muhammad Radzi Abdul Wahid
  • Nama Panggilan: Ude Wahid
  • Umur: 29 Tahun (2017)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Isteri: 2 Orang (Isteri pertama, Intan Liana Saleh dan Isteri kedua, Izreen Azminda)
  • Anak: Arish Muqri dan Ariq Muqri (Bersama isteri pertama)
  • Kerjaya: Pemuzik bebas

Gambar Ude Dengan Isteri Pertama

Ude Wahid Dan Isteri PertamaGambar Ude Wahid Dan Anaknya

Gambar Majlis Pernikahan Ude Dengan Isteri Kedua (Izreen Azminda)

Gambar Perkahwinan Izreen Azminda Dgn Suami BaruPerkahwinan Izreen Azminda Dgn Ude

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: