Langgan newsletter kami!
Ayam Segar

Tips Membeli Ayam Segar

Ayam adalah makanan utama kebanyakan orang. Kebiasaannya ayam boleh dibeli di supermarket, pasar basah mahupun kedai acheh! Tapi sebelum membeli ayam, elok kita semak cara untuk beli ayam yang segar. Berikut adalah 6 tips yang boleh anda gunakan semasa membeli ayam.

1. Perhati Warna Ayam

Pertama sekali, perhatikan warna daging ayam. Elakkan ayam yang pucat, berkilat dan kebiruan kerana daging ayam segar harus putih kelabu dan terang atau cenderung warna merah jambu. Jika ayam itu berkilat dan tidak dijangkiti lalat, anda boleh pastikan ayam itu mengandungi formalin atau ayam suntik.

2. Elakkan Ayam Suntik

Apa itu ayam suntik? Ayam suntik atau ayam cucuk adalah ayam yang disumbat dengan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’. Ayam ini akan disuntik dengan tambahan air pada bahagian dada, paha dan punggung sehingga ayam yang kecil pun akan menjadi besar dan gemuk.

Bagaimana untuk mengenal ayam suntik? Bila digantung atau diangkat, daging ayam akan menitiskan banyak air. Namun bila diletakkan pula, ayam ini akan kelihatan basah dengan air yang bergenang di sekitarnya. Kulit ayam akan terlihat berkilat dan tidak kesat dan daging ayam suntik akan mengeluarkan banyak air dan mengecut apabila dimasak.

Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu menggunakan teknik ini akan menyuntik cecair garam, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya. Mengikut undang-undang, jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus membuat pemberitahuan kepada pengguna. Namun ada peniaga yang tidak jujur dan menggunakan kaedah ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

3. Semak Pembungkusan Ayam

Jika anda membeli di pasaraya, anda masih perlu berhati-hati. Ayam daging untuk dijual di pasar raya sentiasa berbalut kemas dengan plastik. Jika plastik tidak lagi ketat, itu bermakna ayam telah disentuh oleh ramai orang dan telah lama berada di tempat itu. Jadi anda perlu elakkan kerana mikrob boleh meresap ke dalam plastik, maka sebaiknya pilih ayam dengan bungkus plastik yang ketat.

4. Elakkan Darah Ayam

Sebaik-baiknya elakkan ayam yang banyak darah, kerana keadaan ayam ini ada beberapa tanda, termasuklah ia telah disentuh oleh banyak tangan, jadi ia mempunyai bakteria lagi dan lagi. Atau ia boleh bermakna ia telah dibekukan atau dicairkan beberapa kali.

5. Semak Tekstur Daging Ayam

Ayam yang baik dan segar, apabila ditekan, bentuknya akan kembali kepada keadaan asal, terasa lembut. Jika kulit ayam tenggelam dan cenderung keras, itu bermakna ayam tidak segar lagi dan sudah tentu tidak baik untuk dimakan. Kalau rasa kenyal, memang tentunya ayam itu mengandungi formalin, dan ayam yang kelihatan bengkak juga boleh dipastikan telah disuntik menjadi lebih berat daripada saiz asalnya.

6. Periksa Bau Ayam

Ayam segar tidak sepatutnya mempunyai bau, jadi anda akan tahu jika ia ayam masih segar atau tidak dari adanya bau busuk atau tidak. Jika ayam berbau bahan kimia, anda boleh pastikan ayam itu mengandungi bahan kimia lain.

Itulah serba sedikit tips yang boleh anda gunakan untuk membeli ayam yang segar, sihat dan selamat. Untuk menyimpan ayam agar segar dan tahan lebih lama, anda boleh menyimpannya di dalam plastik dan labelkan ayam tersebut dengan tarikh pembelian dan simpan di dalam peti ais sejuk beku.

Semoga bermanfaat!

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: