Langgan newsletter kami!
No Money Dompet Wallet

4 Tips Penting Elak Kewangan Koyak

Anda sedang sibuk melakukan persiapan raya ke tu? Dah makin sibuk nak pulang ke kampung halaman? Buat yang sedang sibuk melakukan persiapan kami ingatkan kepada anda pastikan beli ikut kemampuan dan kalau boleh sila berjimat cermat.

Di sini, kami kongsikan beberapa tips kewangan kepada anda untuk manfaat bersama.

#1 BAJET

Pastikan anda menyediakan bajet yang mencukupi. Senaraikan kelengkapan yang anda inginkan termasuklah belanja untuk raya.

#2 JANGAN TER-OVER

Jangan teruja, beli apa yang perlu sahaja. Di sini pentingnya bajet dan listing. Jika tiada benda ni anda sudah gagal dalam perancangan kewangan anda meaning anda sabotaj diri anda. FAIL !

#3 DISCUSS DENGAN PASANGAN

Sometime suami dah buat bajet si isteri pulak langar bajet. Arghhhh habis bajet lari! Pentingnya berbincang dan saling memahami. Lepas itu pasangan perlu patuh dengan verbal agreement dan hormati bajet yang telah dirancang.

#4 READY TABUNG EMERGENCY

Ini sangat penting! Sebelum puasa dan raya, anda sudah plan menabung untuk kecemasan. Just in case takutlah jadi apa-apa kan. Tak sempat buat tahun ini apa kata disiplinkan tahun depan.

Apa saja kita lakukan pastikan disiplin dan patuh dengan apa yang dipersetujui. Kebiasaannya seminggu atau sebulan selepas raya ramai yang koyak cash flow. Nak pergi ATM, buka Bank Apps pun sedih.

Hati-hati sikit sebab keadaan ekonomi kita tidak menentu bahkan menekan kita semua. Raya hanya sebulan tapi kesengsaraan kewangan jika tidak dirawat maka melaratlah sampai bila-bila jika kita tidak cepat-cepat untuk merawat.

Andai kata kewangan di level yang sama, bertahan di paras yang sama tidak kurang tidak lebih cuba anda fikirkan sampai mana akan bertahan?

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: