Langgan newsletter kami!
Health Benefits Of Ginger

13 Khasiat Halia Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Halia (Ginger) ataupun dipanggil Jahe dalam bahasa Indonesia, adalah satu tanaman yang sangat popular digunakan sebagai rempah dan herba ubat-ubatan tradisional. Dengan nama saintifik Zingiber officinale, terdapat banyak khasiat halia, di antaranya ialah sangat baik untuk kecantikan dalaman dan luaran. Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah kulit dan juga membersihkan dalaman tubuh badan.

Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil.”
(Surah Al-Insan : 17)

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Teh Halia

Halia

 

Khasiat Halia

  1. Membuang Angin Dan Toksin Dalam Badan
    Air rebusan halia yang dicampur dengan lada hitam boleh menghilangkan angin yang terdapat dalam usus kita. Air rebusan ini memang sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.  Tubuh badan wanita yang baru bersalin akan mudah berasa sejuk, dan dengan meminum air halia akan dapat mengurangkan simpton itu.
  2. Meningkatkan Kesihatan Lelaki
    Kaum lelaki yang mengamalkan meminum air halia akan mendapat khasiat mencegah masalah mati pucuk, menambah air mani dan lemah tenaga batin.
  3. Menguruskan Badan dan Mengatasi Masalah Perut Buncit
    Dengan hanya meminum air campuran halia, sedikit madu dan perahan limau nipis, ia akan dapat memecahkan lemak secara perlahan-lahan yang ada di dalam tubuh kita. Pengambilan halia dengan campuran serai pula akan dapat meningkat kadar metabolisme tubuh badan manusia.
  4. Mengekalkan Peredaran Darah Normal
    Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang membantu memperbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
  5. Memulihkan Mabuk Dalam Perjalanan
    Halia sangat berkesan untuk melegakan loya yang dikaitkan dengan mabuk seperti mabuk laut. Ini dibuktikan di dalam amalan kadet tentera laut, di mana mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
  6. Meningkatkan Penyerapan Nutrien
    Pengambilan halia terutamanya dalam minuman akan meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia merangsang rembesan enzim yang seterusnya membantu penyerapan nutrien.
  7. Mencegah dan Merawat Demam Selesema
    Halia telah digunakan sejak zaman dahulu lagi sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati bahawa dengan merendam 2 sudu besar halia segar ke dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari akan dapat merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa.
  8. Melancarkan Penghadaman Dan Mengurangkan Ketidakselesaan Perut
    Proses penghadaman akan lebih lancar kerana pengambilan halia akan merangsang kelenjar pencernaan dan seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengurangkan ketidakselesaan perut. Menurut farmakologi Belanda, halia mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di farmasi seluruh dunia. Sejak dahulu lagi, halia sememangnya terkenal sebagai herba penambah selera makan dan merawat masalah penghadaman. Penggunaan halia juga dapat mengurangkan keradangan dan berfungsi seperti mengambil ubatan aspirin dan ibuprofen.
  9. Mencegah dan Merawat Barah
    Kajian oleh University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal atau kanser usus. Di samping itu, pengambilan serbuk halia juga dapat mendorong mematikan sel-sel untuk kanser ovari.
  10. Mengurangkan Kesakitan dan Keradangan
    Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang natural yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
  11. Mengatasi Masalah Pernafasan
    Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk dan kahak, meminum air halia akan membantu dalam mengembangkan paru-paru dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencair dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh cepat pulih daripada kesukaran bernafas, melegakan batuk dan kegatalan tekak.
  12. Menguatkan Imuniti Tubuh
    Halia membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan manusia. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak dari melekat pada arteri jantung. Ia juga dapat mengurangkan risiko jangkitan bakteria dalam perut.
  13. Mengurangkan Morning Sickness
    Bagi ibu mengandung, khasiat pengambilan halia akan dapat mengatasi simpton morning sickness dan ketidakselesaan dalam perut sebanyak 75 peratus.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: