Langgan newsletter kami!
Video Mat Tere

Video: Kisah Viral Mat Tere Kutuk TMJ

Siapa dia Mat Tere yang baru-baru ini kecoh dengan video viral mengutuk TMJ? Video tersebut telah sekelip mata menjadi viral di Youtube berikutan bahasa dan ayat yang digunakan amat tidak baik dan menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Berikut adalah sedutan video viral Mat Tere.

Untuk makluman warga netizen, Mat Tere adalah insan istimewa (OKU) yang berasal dari Kelantan. Tanyalah orang Kelantan siapa yang tak kenal Mat Tere. Nama sebenar Mat Tere adalah Muhammad Zul Apiz Baharum, berumur 29 tahun. Dia ditangkap polis disebabkan video tersebut pada 8 Februari yang lalu.

Dia sebenarnya dipergunakan oleh orang lain untuk cakap benda buruk sebegitu. Kesiankan dia sebab mungkin dia tak tahu menilai yang baik mahupun yang buruk.

Ketua Pemuda Umno Neger, Mohd Azam Ismail berharap agar pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapnnya kerana dikategorikan tidak sempurna.

“Kami merayu dia tidak dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan dia dikategorikan sebagai individu kurang sempurna.”

“Kami cukup yakin dia dipergunakan dalam isu ini memandangkan sudah beberapa kali dia menjadi viral video sebelum ini.”

Dalam pada itu sepupu Mat Tere, Yusrizam Ahmad, 42, yang tinggal di Kampung Dendang, Ketereh yakin Mat Tere diperalatkan.

“Ini adalah kes aniaya dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video berkenaan.”

“Dia adalah anak yatim yang mana ibunya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama bapa saudara kami,” katanya.

Dia juga berharap polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab kepada individu yang menpergunakan Mat Tere.

“Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa,” katanya

Semoga penjelasan ini bermanfaat buat semua.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: