Langgan newsletter kami!
Ucapan Takziah

Ucapan Takziah Untuk Orang Meninggal Atau Ditimpa Musibah

Takziah membawa maksud memberikan ketenangan kepada keluarga si mati dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jenazah si mati yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa musibah. Seseorang boleh memberi ucapan takziah secara lisan di hadapan mereka yang ditimpa musibah ataupun melalui penulisan seperti di Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram, SMS dan seumpamanya.

Secara umumnya, hukum takziah di dalam Islam adalah sunat yang dituntut. Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan oleh Abu ‘Umarah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Ibn Majah – 1601)

Imam Al-Sindi dalam syarahannya ke atas hadis itu berkata:

“Takziah kepada saudaranya adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar. Seperti ucapan ‘semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’ dan seumpamanya.” (Rujuk Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah – 1/486)

Ucapan takziah untuk orang ditimpa musibah juga boleh dibuat dengan mewakilkan orang lain untuk menyampaikan ucapan takziah itu. Hal ini seperti yang berlaku dalam hadis Usamah itu apabila Rasulullah SAW menghantar wakil untuk mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa.

Contoh Ucapan Takziah Untuk Orang Meninggal

  • Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Salam takziah. Harap bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini.
  • Salam takziah dari kami sekeluarga. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. Darinya kita hidup. Dan kepadanya kita kembali. Al-Fatihah.
  • Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu’anhu. Takziah buat keluarga [si mati] di atas pemergian ke rahmatullah. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan. Al-fatihah.

 

  • Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian.
  • Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
  • Takziah buat [nama]. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aamiin. Al Fatihah.
  • Allahumma firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu (untuk jenazah lelaki). Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat-Mu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Salam takziah.

Untuk lelaki:
Allahummagfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu Anhu

Untuk perempuan:
Allahummagfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fu Anha

Untuk dua orang:
Allahummagfirlahuma warhamhuma wa ‘afihima wa’fu Anhuma

Untuk lelaki lebih dari dua:
Allahummagfirlahum warhamhum wa ‘afihim wa’fu Anhum

Untuk perempuan lebih dari dua:
Allahummagfirlahunna warhamhunna wa ‘afihinna wa’fu Anhunna

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: