Langgan newsletter kami!
Happy Birthday Kek

Ucapan Hari Jadi Yang Ringkas Tapi Sweet

Perasaan kasih dan sayang terhadap seseorang boleh dipamerkan dalam banyak cara. Sebagai contoh, anda boleh berikan ucapan hari lahir untuk insan yang rapat sebagai tanda yang anda tidak pernah melupakan tarikh hari istimewa di dalam hidupnya.

Ucapan hari lahir atau hari jadi tidak semestinya panjang lebar. Cukuplah dengan uncapan yang ringkas tapi sweet dan membawa kesan yang mendalam. Dengan hanya satu ungkapan telah dapat membuktikan yang anda ambil berat terutamanya jika ia diucapkan dengan penuh rasa ikhlas.

Koleksi Ucapan Hari Jadi / Hari Lahir

  • Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
  • Semoga dikurniakan umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan dan hidup yang dirahmati
  • Tiada kad yang lebih berharga di hari ulang tahun mu selain doaku untukmu. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas, semoga hatimu semakin bersih dan bijak, semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan.
  • Semoga di hari jadimu dan seterusnya Allah SWT senantiasa memberikan taufik rahmat berkah, lindungan & keselamatan, rezeki & hidayah serta redhaNya kepada kamu
  • Selamat hari jadi, semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan dan hidup yang dirahmati.
  • Sempena hari jadimu, saya mendoakan agar kamu diberi keazaman dalam meningkatkan keimanan. Umur yang panjang dan diberkati sehingga akhir hayat dan lafaz kalimah syahadah meniti saat kematian, rezeki yang melimpah ruah lagi halal, pasangan hidup dan jodoh yang diredhai Allah SWT sehingga bertemu di syurga abadi. Segala segala yang dihajati dimakbulkan oleh-Nya.
  • Selamat hari lahir saudaraku. Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah SWT ini. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dari segi imannya. Semoga dimurahkan rezeki dan mendapat apa yang dihajati. Aamiin.
  • Kerana hari ini adalah hari yang istimewa untuk sekadar menghantar ucapan hari lahir. Jadi aku doakan dirimu dapat mencapai segala impian dan jadikan ia tempoh setahun yang cukup bermakna kepadamu!
  • Selamat hari jadi buat sahabatku. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.
  • Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. InsyaAllah.
  • Selamat Hari Lahir. Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan kamu insan yang mulia, sentiasa disayangi Allah dan menyayangi Allah. Semakin umurnya barakah, pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan.
  • Waktu berjalan tiada henti, mengiringi bulan dan juga mentari yang terbit setiap hari. Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari. Hingga saat ini. Selamat hari jadi!
  • Ya Allah.. Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Aamin..
  • Kanvas takdir yang dulu putih kini telah penuh dengan coretan bermakna. Kau isi dengan warna-warni nan indah dipandang mata. Ku ucapkan Barakallah Fii Umrik. Semoga kau selalu dalam lindungan Allah SWT.
  • Barakallah fii Umrik. Semoga dengan bertambah umurmu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.
  • Selamat hari jadi sahabatku. Semoga sukses selalu. Doaku sentiasa bersama di setiap langkahmu.

Hari lahir atau hari jadi hanya tiba sekali dalam setahun. Ucapkanlah ungkapan yang istimewa sebagai tanda terima kasih dan tanda sayang kepada insan yang dekat dengan anda.

Semoga dengan ucapan bermakna ini akan menjadi doa dan pengerat hubungan di antara anda berdua.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: