Langgan newsletter kami!
Ucapan Anniversary Perkahwinan

Ucapan Anniversary Perkahwinan Paling Romantis

Anniversary perkahwinan adalah suatu tarikh yang sangat istimewa. Ia hanya berlaku sekali setahun di mana setiap pasangan menyambut hari tersebut dengan mengingati detik-detik romantis sewaktu diijabkabul sebagai suami isteri. Bersempena hari special ini, ucapan anniversary perkahwinan untuk insan teristimewa dalam hidup anda adalah satu tanda penghargaan yang anda tidak pernah melupakan tarikh hari ini.

Ucapan anniversary atau ulang tahun perkahwinan tidak semestinya panjang lebar. Cukuplah dengan ucapan yang pendek, simple tetapi romantis dan sweet serta membawa kesan mendalam. Dengan hanya satu ungkapan telah dapat membuktikan yang anda sangat mengambil berat terutamanya jika ia diucapkan dari hati dan dengan penuh ikhlas.

Anniversary Perkahwinan tentunya bukan sekadar makan malam di restoran mewah dengan lilin yang menyala di tengah meja. Anniversary merupakan hari di mana anda dan pasangan mengimbas kembali apa saja saat manis yang telah dilalui bersama.

Masa gembira, sedih dan pahit manis hanya anda berdua yang tahu. Jadi berikanlah ucapan anniversary buat pasangan moga-moga dengan ini akan terus merapatkan dan mengeratkan hubungan cinta anda berdua.

Ucapan Anniversary Simple & Romantis

  • Kau adalah satu-satunya insan yang ingin ku lihat dan ku dakap di akhir sisa hidupku. Terima kasih kerana telah menjadi teman teristimewa terbaik buatku. Happy Anniversary cintaku.
  • Waktu terasa berhenti semenjak hari kita disatukan. Aku terjebak dalam keindahan, senyuman dan cinta abadi bersamamu. Happy Anniversary.
  • Ulang tahun perkahwinan kita bukan hanya sebagai peringatan. Kerana ikatan ini tidak dibatasi oleh waktu. Happy Anniversary.
  • Mengulang kembali kenangan indah saat perkahwinan kita, membuatku untuk impikan tentang masa depan yang lebih indah menanti. Happy Anniversary.

 

  • Mencintaimu semalam, mencintaimu sekarang dan akan terus mencintaimu selamanya. Happy Anniversary Sayang!
  • Telah genap satu tahun kita menjalani bahtera rumah tangga. Semoga Allah selalu menjaga keluarga ini dalam balutan rasa cinta dan bahagia.
  • Tanpa kamu, mungkin kini aku rapuh dalam menjalani indahnya mengenal agama Allah. Betapa aku bersyukur kerana Allah mencintaiku dan mencintaimu sehingga kita dipertemukan dalam naungan cinta-Nya.
  • Setiap hari bersamamu adalah sebuah anugerah. Namun, ada satu hari yang lebih indah, yakni hari ulang tahun perkahwinan kita. Happy Anniversary sayang! Semoga kita kekal bersama hingga ke jannah.
  • Kau telah membuatku menjadi orang yang lebih baik karena cintamu. Terima kasih telah selalu ada untukku. Happy Anniversary sayang.
  • Kamu adalah satu-satunya yang ingin kupertahankan selama sisa hidup ini. Selamat Hari Anniversary sayang!

Ucapan Perkahwinan Islamik #tilljannah

  • Ya Allah, berkatilah keluarga kami, jaga hati kami, pendengaran kami, pasangan kami dan keturunan kami. Selamat ulang tahun perkahwinan buat bidadariku. Semoga kita berdua kekal hingga ke jannah.
  • Limpahkanlah selalu rasa cinta di dalam keluarga kami, agar kami senantiasa bahagia selalu dalam menjalani bahtera rumah tangga ini. Jika semua itu belum pantas untuk kami, maka berikanlah selalu perlindungan-Mu, ya Rabb.
  • Semoga Allah senantiasa melindungi dan menjaga kita dalam menempuh setiap langkah perjalanan. Selalu bahagia di dunia hingga kita bersatu kembali dalam rahmat-Nya di syurga nanti wahai imamku. Selamat hari istimewa, hari ijabkabul kita.

Ucapan Anniversary Perkahwinan Buat Isteri

  • Tanpa abang sedar, sudah 1 tahun usia perkahwinan kita. Happy Anniversary buat isteri merangkap bidadari syurgaku! Abang berdoa semoga ikatan ini terus kukuh dari dari tahun ke tahun, dan kekal hingga ke jannah.
  • Masa-masa bersama telah kita lewati berdua baik suka maupun duka, saling melengkapi dan saling menggenapi sebagai pasangan suami isteri. Di hari yang bahagia ini, ingin sekali ku ucapkan selamat hari ulang tahun pernikahan, kekasihku dunia dan akhirat.
  • Mungkin rumah ini tidak pernah menjadi syurga yang indah untuk didiami. Dan mungkin anak-anak kita tidak akan menjadi hebat seperti saat ini jika bukan kerana didikanmu. Sama seperti diriku, yang tidak mungkin akan berjaya tanpa dirimu. Happy anniversary isteriku tersayang, doaku yang terbaik adalah untukmu setiap hari.
  • Hepi anniversary sayang. Forever and ever ❤️ Semoga kita kekal bersama hingga ke akhir hayat. Love u forever.

Ucapan Anniversary Pernikahan Buat Suami

  • Selamat hari ulang tahun pernikahan sayang. Sungguh Allah telah menyayangiku dengan mempertemukan seorang imam dan guru terbaik dalam mengajarkan kesabaran. Engkau adalah mujahid yang paling indah dan tak pernah ku lepas. Akan aku ikat erat dirimu dengan ketakwaan dan cinta yang tulus dari hati, selamanya.
  • Sebagai seorang Muslim, pernikahan itu selalu dianjurkan bagi yang mampu, untuk mendapat ketenangan hati. Semoga dengan ulang tahun pernikahan tahun ini, Allah selalu melimpahkan nikmat dan berkah agar keluarga kami selalu bersama dan menjadi keluarga sakinah, mawaddah, warahmah.

 

  • Andai diberikan emas dan permata, ku tetap memilihmu. Engkau adalah teman hidup, kekasih dan sahabat setiaku di dunia dan akhirat. Terima kasih suamiku, dan selamat hari ulang tahun perkahwinan kita. Love you till jannah. Dari kekasih yang selalu ada di sampingmu.
  • Selamat pagi kesayangan. Ingat tak hari ini hari apa?
    .
    Happy Anniversary!

Dari Anak-anak Untuk Ibu Bapa

  • Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat Ummi dan Abah. Didoakan semoga diberi kesihatan tubuh badan, bahagia selalu dan sentiasa di bawah naungan-Nya. Terima kasih di atas segala kasih sayang yang dicurahkan kepada kami semua. Moga ulangtahun kali ini mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga. Selamat Anniversary Mi dan Abah 😘😍.
  • Terima kasih mak dan ayah atas segala tunjuk ajar dan pedoman. Moga-moga ianya menjadi amal jariah yang berpanjangan hingga ke anak cucu.
  • Happy anniversary mie dan abah.. Barakallahulakuma.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: