Langgan newsletter kami!
Beautiful Kitchen Counter Bar
Beautiful Kitchen Counter Bar

Tips Ubahsuai Dapur Yang Sesuai Di Malaysia

Tips Ubahsuai Dapur

Dapur adalah salah satu kawasan yang paling penting di rumah anda kerana ia adalah tempat isteri anda menghabiskan masa berharga mereka untuk menyediakan makanan yang lazat untuk seisi keluarga. Oleh itu, memiliki kabinet dapur ataupun kitchen cabinet yang luas, selesa dan praktikal adalah salah satu cara untuk mengurangkan beban yang tersayang dalam penyediaan masakan. Fungsi kabinet dapur bukan sekadar tempat memasak malahan memastikan bahan-bahan makanan dapat disimpan di tempat-tempat yang sepatutnya dengan tersusun.

Selain itu, jika dapur anda adalah cukup luas, anda boleh juga mempunyai kaunter bar. Mempunyai kaunter bar yang cantik dan selesa membolehkan anda menghabiskan masa dengan yang tersayang, menikmati minuman dan makanan ringkas sambil berbual atau bercakap dari hati ke hati. Itulah sebabnya ia adalah satu idea yang baik untuk mendapatkan dapur yang telah diubahsuai dengan kabinet terbina dalam (built-in cabinets) beserta lapisan atas kabinet dapur (kitchen countertops).

Gambar: Idea Kaunter Bar di Dapur

Beautiful Kitchen Counter Bar
Beautiful Kitchen Counter Bar
Black Stool, White Counter and Green Bar inside Small Modern Kitchen Design Ideas
Black Stool, White Counter and Green Bar inside Small Modern Kitchen Design Ideas
Small Budget Kitchen Bar Idea
Small Budget Kitchen Bar Idea
White Modern Elegant Kitchen Bar
White Modern Elegant Kitchen Bar

Pemilihan Rekabentuk Kitchen Cabinets

Terdapat beberapa rekabentuk untuk kabinet dapur yang ada di pasaran. Rekabentuk yang paling popular pada masa ini di Malaysia adalah kabinet dapur yang berkilat licin (smooth-surfaced high gloss kitchen cabinets). Ini boleh dicapai dengan cara laminating pintu kabinet anda dengan Formica, spray painting, 3G glass, acrylic dan P.U. painting. Anda tidak perlu memilih hanya satu warna untuk kabinet dapur anda. Terdapat beberapa pemilik rumah yang lebih suka dengan dua nada dan ia kelihatan sempurna jika direka dengan baik. Satu lagi reka bentuk untuk kabinet dapur akan menarik adalah berbentuk wood grain design. Anda juga boleh memilih reka bentuk kontemporari dengan menggabungkan kedua-duanya.

Gambar: Idea Rekabentuk Kabinet Dapur

3G Snow White with Aluminium Frosted Glass and Granite Countertops
3G Snow White with Aluminium Frosted Glass
High Gloss 3G Glass Chili Red with Solid Surface
High Gloss 3G Glass Chili Red with Solid Surface
Dual Colour Kitchen Cabinets
Dual Colour Kitchen Cabinets
MDF Matte PU Painting Kitchen Cabinet Pantry Design
MDF Matte PU Painting Kitchen Cabinet Pantry Design
Simple Brown Acrylic Kitchen Cabinets
Simple Brown Acrylic Kitchen Cabinets
Stylish Formica Kitchen Cabinets
Stylish Formica Kitchen Cabinets

Pemilihan Kitchen Countertops

Selain daripada kabinet dapur, pemilihan material untuk lapisan atas kabinet dapur ataupun dipanggil kitchen countertops juga sangat penting. Pada waktu dahulu, orang lebih suka memilih countertops berjenis konkrit kerana countertops konkrit sangat tahan lasak dan selamat digunakan. Namun kehadiran countertops berjenis granite dan ‘solid surface’ telah mengubah ‘look and feel’ dapur anda menjadi lebih menarik dan mewah. Kos pemasangannya juga amat berpatutan.

Gambar: Idea Untuk Kitchen Countertops

Granite Countertops
Granite Countertops
Solid Surface Countertops
Solid Surface Countertops

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: