Langgan newsletter kami!
Facial Skin Care

Tips Penjagaan Kulit Muka Bagi Wanita Malaysia

Penjagaan kulit wajah lelaki mahupun wanita di setiap negara adalah berbeza mengikut keadaan setempat. Hal ini kerana cuaca yang berbeza serta cara hidup yang berlainan. Produk yang diperlukan juga berlainan kerana suhu yang berbeza menjadi faktor pemilihan produk tersebut. Oleh itu, anda mestilah berhati-hati agar tidak terpedaya untuk membeli produk import yang kurang sesuai digunakan di Malaysia.

Bagi majoriti wanita Malaysia, kulit yang menjadi idaman adalah kulit yang cerah tanpa sebarang cela. Tidak ada salahnya dengan kemahuan ini, asalkan anda tahu bahawa kulit cerah tidak bermaksud putih, sebaliknya tona kulit yang berseri dan sekata. Ramai wanita di Malaysia yang obses hendak mendapatkan kulit yang putih sehingga sanggup merisikokan diri menggunakan krim pemutih yang merosakkan kulit muka semula jadi. Tidak kurang juga mereka yang bersolek dengan tebal sehingga kelihatan seperti memakai topeng.

Sebenarnya, anda boleh mendapatkan tona kulit cerah yang berseri dan sekata ini dengan penjagaan kulit wajah yang betul. Jangan terpedaya dengan janji produk yang anda boleh cerah dalam masa 3 hari atau seminggu atau dua minggu kerana itu tandanya ia boleh merosakkan kulit. Anda juga tidak perlu bersolek tebal untuk nampak cerah. Mari amalkan 2 langkah ini untuk menjaga kulit anda:

Perlindungan Dari Sinaran UV

Anda sedia maklum bahawa Malaysia adalah negara tropika yang sinaran mataharinya boleh menjadi sangat panas pada musim tertentu selama beberapa bulan. Sinaran matahari ini bukan sahaja menyebabkan kulit menjadi gelap tetapi juga menyebabkan pelbagai masalah kulit yang lain seperti pori yang jelas kelihatan dan kedutan halus di sekeliling mata. Sebab itulah anda wajib melindungi kulit dengan produk perlindungan UV yang menyejukkan kulit! Sama ada anda keluar dari rumah ataupun tidak, ianya mesti dilakukan kerana sinaran matahari masih menembusi tingkap dan dinding rumah anda. Malah, telefon bimbit dan komputer anda juga mengeluarkan sinaran UV pada kulit anda.

Double Cleansing

Ya, anda perlu mencuci muka sebanyak dua kali kerana pencuci muka sahaja tidak dapat membersihkan kulit anda sepenuhnya. Jika anda tidak percaya, ambil sekeping kapas muka dan gosok lembut pada muka selepas membilas pencuci muka dan menekup air basuhan dengan tisu atau tuala. Anda akan mendapati sisa kotoran pada wajah anda walaupun telah mencuci muka! Jadi, untuk kulit yang benar-benar bersih, gunakan makeup remover diikuti dengan pencuci muka atau skrub yang lembut untuk membuang sel kulit mati. Apabila kulit bersih, tidak akan ada lagi cela. Ini juga adalah salah satu cara untuk menjaga kulit muka daripada jerawat kerana muka yang bersih akan mencegah berlakunya liang roma tersumbat yang menyebabkan jerawat.

Dua langkah ini sangat mudah untuk diamalkan setiap hari dan anda akan menikmati hasilnya dari hari ke hari apabila kulit anda semakin bersih dan mendapat perlindungan. Ia juga akan dapat melewatkan penuaan berlaku jika mengamalkannya dari usia muda.

Bagi mereka yang sudah pun mengalami masalah kulit akibat terdedah dengan cahaya matahari, dapatkan rawatan daripada pakar kecantikan atau doktor kulit dengan segera. Jangan bimbang kerana dengan teknologi yang canggih, anda boleh mendapatkan kulit yang sihat semula.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: