Langgan newsletter kami!
Telefilem Lafaz TV2 RTM

Telefilem Lafaz (TV2 RTM)

Sebuah telefilem berjudul ‘Lafaz’ akan ditayangkan di TV2 RTM pada Jumaat, 13 Disember 2019 jam 9.30 malam. Telefilem ini berkisahkan tentang seseorang yang mengidap Penyakit Alzheimer iaitu sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya ‘nyanyuk’ yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Telefilem ini diarahkan oleh Hisyamudin Ahmad dan dibintangi oleh Qi Razali, Diana Aqila, Syed Muhammad Baqir, Syazwan Zulkifly, Akmal Ahmad, Mardiana Alwi, Salina Saibi dan Wan Hanafi Su. Ia adalah satu produk terbitan Unit Drama TV RTM.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 13 Disember 2019 (Jumaat)
  • Waktu Tayangan: 9.30 malam
  • Stesen TV: TV2 RTM (Slot Citra)
  • Penulis Skrip: Azharul Azmir Kamarulzaman
  • Pengarah: Hisyamudin Ahmad
  • Produksi: Unit Drama TV RTM
  • Senarai Pelakon: Qi Razali, Diana Aqila, Syed Muhammad Baqir, Syazwan Zulkifly, Akmal Ahmad, Mardiana Alwi, Salina Saibi, Wan Hanafi Su

Sinopsis Telefilem Lafaz

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Zayan dan Prisia yang kedua-duanya menghidap penyakit Alzheimer. Zayan yang menanggung penyakit telah melafazkan cerai pada isterinya, Prisia dalam keadaan tidak sedar. Namun Zayan tidak mengetahui isterinya juga menghidap penyakit yang sama dan penyakit ini telah membawa kepada konflik besar dalam rumahtangga mereka.

Setelah sedar daripada kesilapannya, Zayan ingin menyelamatkan kembali perkahwinan mereka. Namun malangnya mereka tidak boleh rujuk semula atas faktor kesihatan kedua-duanya. Situasi itu cukup menyedihkan Naqi iaitu anak lelaki mereka.

Naqi seterusnya berusaha keras untuk menyatukan kembali kedua ibu bapanya yang terpisah walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Di sebalik pelbagai dugaan yang dihadapinya, wujud pula watak Malik dan Anum, di antara penduduk kampung yang prihatin mahu membantu menyelesaikan masalah dihadapi keluarga ini.

Bagaimanakah kesudahan kisah telefilem ‘Lafaz’ ini? Adakah Zayan dan Prisia bersatu semula? Sama-sama kita saksikan telefilem yang mengangkat kisah tentang penyakit Alzhaimer ini di TV2 RTM. Selamat menonton.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: