Langgan newsletter kami!
Kalimah Cinta (TV1)

Telefilem Kalimah Cinta (TV1)

Sebuah telefilem menarik berjudul ‘Kalimah Cinta‘ akan ditayangkan pada hujung minggu ini, Sabtu, 7 November 2020, jam 10.00 hingga 12.00 malam di TV1 RTM. Telefilem yang berkisarkan kisah suami yang dijangkiti HIV setelah berlaku curang dengan perempuan lain ini dibintangi oleh Puteri Khareeza, Nina Iskandar dan Idris Khan serta diarahkan oleh Helmi Yusof.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 7 November 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 10.00 – 12.00 malam
  • Stesen TV: TV1 RTM (Panggung RTM)
  • Pengarah: Helmi Yusof
  • Produksi: Pencil Pictures & Records Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Puteri Khareeza, Nina Iskandar, Idris Khan, Wanna Ali, Akmal Ahmad

Sinopsis Kalimah Cinta

Kisah bermula dengan sepasang suami isteri yang hidup dengan penuh kasih sayang. Kesibukan isteri bekerja menyebabkan suami mula curang dengan perempuan lain sehingga disahkan mengidap HIV. Isteri kecewa dengan situasi tersebut apatah lagi apabila pada waktu sama majikannya berterus-terang sukakannya.

Aulia terlalu mencintai suaminya, Muslim. Apatahlagi dengan sikap Muslim yang melayannya dengan sungguh romantik dan selalu bermadah tentang cinta. Muslim sering membuat kejutan cinta terhadap isterinya. Sementara itu, Rahmat yang merupakan majikan Aulia pula selalu memberi banyak kerja sehingga beliau terpaksa pulang lewat.

Tiba-tiba satu hari mereka dikejutkan dengan kejadian Muslim yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Aulia meminta cuti sebulan tetapi Rahmat tidak membenarkannya. Perasaan Aulia mula bercampur baur dengan rasa marah dan mengharapkan pertimbangan majikannya.

Rahmat mula berbaik dengan Aulia kerana beliau sebenarnya telah jatuh hati dengan Aulia. Ketika Aulia melawat Muslim di hospital, beliau dikejutkan dengan kehadiran seorang perempuan yang dilihat sedang melayan Muslim dengan mesra. Aulia kecewa dan hatinya remuk dengan insiden tersebut. Hidup Aulia semakin gelap apabila Muslim disahkan mengidap penyakit HIV.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: