Langgan newsletter kami!
Telefilem Kabur (TV2)

Telefilem Kabur (TV2)

Sebuah telefilem menarik berjudul ‘Kabur‘ bakal ditayangkan pada malam ini, Jumaat, 23 Oktober 2020 jam 9.30 malam melalui Slot Citra TV2 RTM. Telefilem ini berkisahkan seorang pembantu rumah yang menghidapi penyakit schizophrenia iaitu sejenis penyakit kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan, nyanyuk dan multiple sclerosis.

Kisah unik ini diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Along Kamaludin dan dibintangi oleh Nad Zainal, Dazrin Kamarudin, Annie Mosha dan ramai lagi. Telefilem ini diterbitkan oleh Ambang Network Sdn Bhd. Jangan lupa menyaksikannya di kaca TV anda!

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 23 Oktober 2020 (Jumaat)
  • Waktu Siaran: 9.30 malam
  • Stesen TV: TV2 RTM (Slot Citra)
  • Pengarah: Along Kamaludin
  • Produksi: Ambang Network Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nad Zainal, Dazrin Kamarudin, Annie Mosha, Azlan Mokhtar

Sinopsis Telefilem Kabur

Mengisahkan tentang seorang pembantu rumah dari Indonesia yang menghidapi penyakit Schizophrenia. Dia yang pernah kehilangan anak sering diganggu oleh suara yang menyalahkannya atas kematian anaknya. Suara itu juga mengarahkan dia mencari atau mendapatkan semula anaknya yang telah meninggal dunia. Dia kemudiannya mensasarkan anak majikannya yang seusia dengan anaknya sebagai ganti dan merancang untuk membawa kanak-kanak itu lari ke Indonesia. Apakah kesudahan kisah ini? Sama-sama kita saksikannya nanti.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: