Langgan newsletter kami!

Telefilem Jersi 45 (TV1)

Syarikat produksi Dream At Work Sdn Bhd tampil dengan pendekatan berbeza dalam menghasilkan karya terbaru mereka apabila berani mengetengahkan pelakon yang tidak mempunyai nama besar, malah ada di antara mereka tidak memiliki media sosial atau pengikut di Instagram.

Pengarah urusan dan penerbit, Muhammad Razlan Ismail, menegaskan bahawa pihaknya lebih mementingkan kualiti serta kepuasan dalam menghasilkan sesebuah karya berbanding hanya mengejar populariti pelakon semata-mata.

Telefilem Jersi 45 – Fokus Pada Bakat

Menurut Razlan, pihaknya telah berbincang dengan TV1 RTM untuk menayangkan telefilem terbitan mereka yang hampir sepenuhnya dibintangi oleh pelakon baharu yang tidak dikenali masyarakat.

“Kami ada sebuah telefilem berjudul Jersi 45. Menariknya, hampir semua pelakon utamanya merupakan muka-muka baharu, termasuk dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa mereka yang langsung tidak mempunyai pengalaman lakonan.

“Kecuali beberapa watak sampingan yang dibawa oleh pelakon berpengalaman seperti Azhan Rani, Wan Sharmila dan Kazar, selebihnya adalah wajah segar yang belum pernah dilihat di kaca TV. Malah ada juga pelakon yang kami ambil terus dari rumah anak yatim,” katanya.

Artikel berkaitan:  Biodata Wak Doyok, Ikon Fesyen Popular

Razlan menambah, projek ini diterima baik oleh stesen televisyen yang terlibat, sekaligus memberi isyarat positif bahawa karya berkualiti mampu berdiri tanpa semestinya bersandar pada nama besar.

“Kami bukan mahu membuktikan apa-apa, sebaliknya ini adalah soal kepuasan. Kalau kita berani cuba, tidak mustahil perkara sebegini boleh berjaya,” jelasnya lagi.

Info Telefilem

Telefilem Jersi 45 arahan Rosdi Md Dali bakal menemui penonton pada Sabtu, 13 September 2025, jam 9:00 malam di saluran TV1 dan turut boleh ditonton menerusi platform digital RTMKlik.

  • Tajuk: Jersi 45
  • Waktu Siaran: Sabtu, 13 September 2025, 9:00 malam
  • Rangkaian: TV1 / RTMKlik
  • Idea Asal: Datuk Muhammad Razlan Ismail
  • Penulis Skrip: Shaza Talib, Asraf Talib
  • Pengarah: Rosdi Md Dali
  • Produksi: Dream At Work Sdn Bhd
  • Pelakon: Muhd Ameer Imran Zaharis, Lim Xuang, Krishvin Singh, Azhan Rani, Kazar Saisi, Wan Sharmila, Zalif Sidek, Norameen Moshi-Moshi, Syakilla Rahmad

Sinopsis Jersi 45

Kisah ini mengangkat semangat kesukanan dan persahabatan tiga sahabat baik – Firman, Chong dan Sivabalan – yang menubuhkan sebuah pasukan bola sepak walaupun mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing.

Dalam usaha mereka mengumpul dana bagi menyertai kejohanan, mereka diuji apabila seorang rakan, Anis, memerlukan bantuan kewangan untuk merawat ibunya yang sakit. Tanpa mementingkan diri, mereka memilih untuk membantu Anis terlebih dahulu.

Artikel berkaitan:  Drama I Love You Cikgu (TV1 RTM)

Berkat keikhlasan, semangat setiakawan dan dorongan Atok Hassan, mereka akhirnya bangkit semula, bukan sahaja berjaya dalam sukan tetapi turut membuktikan kemampuan dalam pelajaran.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *