Langgan newsletter kami!
BR1M Logo

Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Tarikh Pembayaran BR1M 2017. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) telah selesai melalui proses permohonan. Bagi yang berjaya, pembayaran BR1M akan dilakukan secara secara berperingkat mengikut kelompok atau kategori.

Sebagai rekod, kadar dan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 telah dinaikkan untuk semua kategori seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2017 yang lalu.

Kadar Bayaran BR1M 2017 Mengikut Kategori
Kadar Bayaran BR1M 2017 Mengikut Kategori

Bila Dapat Duit BR1M 2017?

Berikut adalah maklumat penting mengenai kadar dan cara pembayaran serta tarikh pembayaran BRIM bagi tahun 2017. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa bergantung kepada pengumuman yang dilakukan oleh kerajaan.

Pembayaran BR1M akan dilakukan mengikut kategori seperti di bawah:

Kategori 01: Isi Rumah Berpendapatan RM3,000 Dan Ke Bawah

  • Jumlah dapat BR1M: RM1,200
  • Pengagihan secara 3 peringkat
  • Pembayaran pada bulan Februari (RM400), Jun (RM400) dan Ogos (RM400)

Kategori 02: Isi Rumah Berpendapatan RM3,001 Hingga RM4,000

  • Jumlah dapat BR1M: RM900
  • Pengagihan secara 3 peringkat
  • Pembayaran pada bulan Februari (RM300), Jun (RM300) dan Ogos (RM300)

Kategori 03: Individu Bujang Berpendapatan RM2,000 Dan Ke Bawah

  • Jumlah dapat BR1M: RM450
  • Pengagihan secara sekaligus
  • Pembayaran pada bulan Februari (RM450)

Kemaskini: Pembayaran BR1M pada bulan Februari telah dilakukan pada 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (pembayaran terus ke akaun bank penerima).

Cara Bayaran BR1M 2017

Terdapat 2 cara pembayaran duit BR1M iaitu:

  1. Pembayaran Terus Ke Akaun Bank Penerima
    Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa permohonan, pembayaran akan diterima melalui akaun bank penerima
  2. Baucer
    Bagi penerima yang tiada akaun bank, baucar BR1M akan digunakan untuk pembayaran. Baucer ini boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2017 boleh diajukan dengan menghubungi:

  • Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada [email protected]

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: