Langgan newsletter kami!

Biodata Projector Band, Viral Dengan Lagu Sudah Ku Tahu

Biodata Projector Band

  • Senarai Ahli (5 Orang):
  • Iskandar Zulkarnain Shafin (Is) – vokalis
  • Razif Zainuddin (Razif) – gitar utama
  • Ahmad Khusairi Saferi (Mat) – bass
  • Safiq Zainuddin (Apit) – dram
  • Isnaidi Eidham Razali (Eddy) – gitar kedua
  • Asal: Kuala Kubu Baru, Selangor
  • Lagu Popular: Sudah Ku Tahu, Pasti Ada Kamu, Aisyah

Sejarah Penubuhan Projector Band

Tertubuhnya kumpulan Projector Band pada 2013 bermula dari dua jejaka, Razif Zainuddin (juga lebih mesra dipanggil Angah) dan Ahmad Khusairi yang bercita-cita untuk mencipta band sendiri. Mereka berdua yang pandai bermain gitar telah mencipta sebuah lagu sendiri namun masih mencari orang yang sesuai untuk menyanyikan lagu mereka tersebut. Mereka kemudiannya bertemu dengan Iskandar Zulkarnain Shafin ataupun dipanggil Is sedang menyanyikan sebuah lagu di karaoke. Ketika itulah Is bersetuju untuk menyanyikan lagu mereka dan seterusnya merakamkan lagu ‘Sudah Ku Tahu‘ yang sangat popular kini. Setelah itu, dua orang lagi ahli iaitu Safiq Zainuddin (Apit) dan Isnaidi Eidham Razali (Eddy) menyertai mereka yang melengkapkan kumpulan Projector Band.

Fakta Menarik Tentang Projector Band

  • Pada 11 Disember 2015, Projector Band telah dilamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan.
  • Lagu “SUDAH KU TAHU” merupakan single pertama Projector Band telah menjadi viral di media sosial dan di carta lagu seluruh malaysia termasuklah Carta 40 Radio Era.
  • Ironi melodi lagu “Sudah Ku Tahu” mengembalikan ingatan terhadap lagu rock ‘leleh’ tahun 90-an selain mempunya ritma seperti muzik  dari negara seberang, Indonesia.

Gaya Aksi Santai Projector Band

Siti Nordiana Nyanyi Spontan Lagu Projector Band Sudah Ku Tahu

Projector Band - Sudah Ku Tahu - Cover Single

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: