Langgan newsletter kami!
JPA Dan Perkhidmatan Awam

Senarai Tonggak 12 (Dua Belas) Perkhidmatan Awam

Pengertian Istilah Tonggak

Apakah makna Tonggak? Menurut Kamus Dewan (edisi baru), antara makna Tonggak ialah asas, dasar, panduan, pokok, pegangan dan kepercayaan. Contohnya: Agama Islam sebagai tonggak masyarakat; tawakal adalah tonggak kepercayaan kita. Jadi dalam konteks perbicaraan kita, Tonggak Dua Belas merupakan dua belas panduan bagi semua anggota perkhidmatan awam yang unggul.

Maksud Tonggak 12 (Dua Belas)

Tonggak 12 ialah dasar, panduan dan pokok kepercayaan yang menjadi asas sesuatu tindakan yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan perkhidmatan awam. Tonggak 12 mengemukakan panduan, contoh-contoh nilai dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalan-amalan negatif yang perlu dihentikan. Tumpuan utama setiap tonggak adalah individu. Ini didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi yang tertentu dan peribadi ini pula akan mempengaruhi pembentukan sesebuah negara.

Tonggak 12 adalah dua belas peringatan yang sekiranya diamalkan akan dapat membentuk anggota perkhidmatan awam yang berperibadi mulia. Tonggak Dua Belas mengandungi banyak nilai-nilai yang sekiranya dihayati dapat mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang unggul dan perkhidmatan awam yang benar-benar berkualiti. Ia merupakan salah satu daripada usaha-usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam.

Senarai Tonggak 12 (Dua Belas)

  1. Menghargai Masa
  2. Ketekunan Membawa Kejayaan
  3. Keseronokan Bekerja
  4. Kemulian Kesederhanaan
  5. Ketinggian Peribadi
  6. Kekuatan Sifat Baik Hati
  7. Pengaruh Teladan
  8. Kewajipan Menjalankan Tugas
  9. Kebijaksanaan Berhemat
  10. Keutamaan Kesabaran
  11. Peningkatan Bakat
  12. Nikmat Mencipta

Senarai Tonggak 12

1. Menghargai Masa

Amalan Positif

  • Menepati masa
  • Menyegerakan tugas
  • Mempunyai perancangan waktu
  • Bijak menguruskan masa yang diberi
  • Menumpukan masa kepada kerja produktif
  • Menetapkan target date
  • Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan

Amalan Negatif

  • Berbual-bual kosong
  • Tidak menyegerakan tugas
  • Tidak merancangkan pekerjaan
  • Melayan tetamu yang tidak berkenaan
  • Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi
  • Berniaga di waktu pejabat
  • Ke kantin waktu bertugas
  • Tiada sence of urgency
  • Tidak merancang pekerjaan
  • Membuat kerja peribadi di pejabat
  • Tidak peka kepada pembaziran masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Amalan Positif

  • Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan Bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan
  • Bercita-cita tinggi
  • Sanggup berkorban

Amalan Negatif

  • Mudah tersinggung
  • Mudah putus asa
  • Tidak bercita-cita tinggi
  • Disuruh buat baru buat
  • Kurang berdisiplin
  • Tidak bersemangat
  • Tiada inisiatif
  • Suka bertangguh
3. Keseronokan Bekerja

Amalan Positif

  • Menganggap kerja sebagai ibadat
  • Mempunyai inisiatif sendiri
  • Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
  • Sedia memberi kerjasama

Amalan Negatif

  • Menganggap kerja sebagai beban
  • Tidak diberi masa yang cukup
  • Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
  • Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
  • Hanya menunggu arahan sahaja
4. Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif

  • Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
  • Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
  • Merendah diri
  • Mesra dalam pergaulan
  • Tidak memperagakan kemewahan
  • Sedia menerima cadangan dan nasihat

Amalan Negatif

  • Menonjol-nonjolkan diri
  • Berlakuan mengada-ngada
  • Berlebih-lebihan mengampu ketua
  • Memperagakan kemewahan dan kedudukan
  • Sombong dan meninggi diri
  • Membesarkan perkara kecil
5. Ketinggian Peribadi

Amalan Positif

  • Tertib dan baik budi bicara
  • Berilmu dan berpengetahuan luas
  • Berlumba-lumba membuat kebajikan
  • Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
  • Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
  • Bertanggungjawab – bersih dari sifat dengki

Amalan Negatif

  • Sombong dan suka menunjuk-nunjuk
  • Sukar untuk membuat kebajikan
  • Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
  • Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
  • Menghina dan merendahkan usaha orang lain
  • Hasad dengki
  • Berpura-pura dalam tindakan
  • Pemarah dan tidak sabar
6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Amalan positif

  • Pemaaf dan berhemah tinggi
  • Ikhlas dan bertimbang rasa
  • Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
  • Pemurah dalam usaha kebajikan
  • Ramah, berbudi mulia
  • Dan berkerjasama
  • Boleh menerima teguran

Amalan Negatif

  • Kasar dan kurang sopan
  • Berdendam
  • Bermuka-muka
  • Mudah memberi kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan
  • Suka hina dan caci orang
  • Sombong dan pentingkan diri sendiri
  • Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan
7. Pengaruh Teladan

Amalan Positif

  • Bermoral dan berakhlak tinggi
  • Tertib dan beradap sepanjang masa
  • Rajin dan kuat kerja
  • Amanah dan bertanggungjawab
  • Berbudi mulia serta merendahkan diri
  • Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat

Amalan Negatif

  • Buruk perangai
  • Jahil dan tidak suka membaca
  • Dengki dan buruk sangka
  • Mempersendakan agama
  • Kedekut
  • Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
  • Sensitif dan pemarah
8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Amalan positif

  • Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
  • Tekun dan sabar menjalankan tugas
  • Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas
  • Mementingkan kualiti
  • Bersikap profesional dan cekap
  • Cepat, cermat dan berdisiplin
  • Mempunyai inisiatif sendiri

Amalan Negatif

  • Tidak boleh diharapkan
  • Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
  • Tidak bersungguh-sungguh
  • Tidak peka kepada kualiti
  • Tidak taat kepada arahan
  • Selalu buat silap
  • Tidak ikut peraturan
  • Suka bertangguh
9. Kebijaksanaan Berhemat

Amalan Positif

  • Berhati-hati apabila berbelanja
  • Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
  • Tidak membazir harta kerajaan yang datangnya dari rakyat
  • Bertanggungjawab ke atas setiap perbelanjaan
  • Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan

Amalan Negatif

  • Boros dan suka membazir
  • Tidak cermat dengan harta kerajaan
  • Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
  • Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
  • Bermewah dengan harta kerajaan
  • Memperaga kehebatan dan kemewahan
10. Keutamaan Kesabaran

Amalan Positif

  • Tenang menghadapi masalah rumit
  • Mempunyai perhitungan jauh
  • Tahan menerima cabaran
  • Tidak putus asa
  • Pemaaf dan berhemah tinggi
  • Cermat dalam tutur kata

Amalan Negatif

  • Cepat mengalah
  • Berpandangan sempit
  • Tidak tahan menghadapi kesusahan
  • Tidak sanggup berkorban
  • Takutkan cabaran
  • Selalu mengubah pendirian dan keputusan
11. Peningkatan Bakat

Amalan Positif

  • Memberi dorongan terhadap kreativiti
  • Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha original
  • Mengalakkan percambahan fikiran
  • Memberi galakan kepada pemikiran baru
  • Berani mencuba idea-idea baru
  • Mengenal dan memupuk bakat yang ada
  • Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru

Amalan Negatif

  • Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
  • Tidak menghargai bakat yang ada
  • Memperkecilkan usaha original
  • Berpuashati dengan tahap bakat yang ada
12. Nikmat Mencipta

Amalan Positif

  • Berani mencuba
  • Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah
  • Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
  • Sentiasa dalam cabaran intelektual
  • Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan

Amalan Negatif

  • Takut menemui kegagalan
  • Memandang remeh usaha orang lain
  • Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada
  • Pemikiran tidak dinamik
  • Tidak suka pembaharuan
  • Tidak sabar dalam penciptaan baru

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: