Langgan newsletter kami!
Senarai Program TV Dan Drama Sempena Ramadan (Wallpaper Ramadhan)

Senarai Program TV dan Drama Sempena Ramadan 2020

Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi iaitu kira-kira seminggu dari sekarang. Dengan kedatangan bulan yang mulia ini, stesen TV tempatan sama ada yang percuma mahupun berbayar telah menyajikan pelbagai rancangan menarik yang kebanyakannya berunsur ilmiah dan kerohanian untuk penonton semua.

Tambahan pula di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika wabak COVID-19 masih lagi menghantui seluruh dunia, kita semua akan mempunyai lebih masa dengan duduk di rumah. Jadi dengan menonton TV akan sedikit dapat memenuhkan masa terluang ketika berpuasa. Berikut adalah senarai Program TV, Drama dan Telefilem untuk tontonan kita semua di bulan Ramadan ini.

Astro Warna

  • Sepahtu Reunion Al Puasa 2020 – 15 & 22 Mei 2020, Jumaat jam 9.00 malam
  • Seminggu Sekali – Isnin & Jumaat jam 10.00 malam
  • Kennot Brain – Selasa jam 10.30 malam
  • Sembang #DudukRumah – Khamis jam 9.00 malam
  • Kisah Tok Kadi – 27 April 2020, Isnin & Selasa jam 9.00 malam

Astro Ria

  • 4 Penjuru – Mulai 25 April 2020, Sabtu 10.30 malam

Astro Citra

  • Sepenggal Puisi – Mulai 29 April 2020, Rabu & Khamis jam 9 malam

Astro Ceria

  • Salam Squad 2.0 – Mulai 22 April 2020, Rabu jam 6.00 petang

TV3

  • Jejak Rasul Ulul Azmi – Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang
  • Apa Nak Makan Ni? – Ahad, jam 6.00 petang

TV3 Slot Cerekarama

  • Amanat – 25 April 2020, jam 9.00 malam
  • Jihad Ramadan – 2 Mei 2020, jam 9.00 malam
  • Tragedi Balik Kampung – 9 Mei 2020, jam 9.00 malam
  • Realiti Ramadan Mike – 16 Mei 2020, jam 9.00 malam

Senarai Program TV, Drama dan Telefilem ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi jangan lupa bookmark page ini untuk rujukan di masa akan datang.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: