Ozlyn, begitu unik namanya. Isteri kepada pelawak popular Johan Raja Lawak ini semakin cantik dipandang. Kulitnya kemerah-merahan dan tubuhnya ramping walaupun telah melahirkan empat cahaya mata. Mari kita tinjau tips daripada Ozlyn yang dikongsikannya dengan wartawan.
Menjaga Potongan Badan
Ternyata Ozlyn mengamalkan rutin bertungku dan bertangas yang ketat semasa dalam pantang untuk memecahkan darah beku dan membersihkan toksik di dalam badan selepas bersalin. Ozlyn berpantang makan selama dua tahun dan mengelakkan minuman sejuk, ais, kordial berperisa dan minuman berkarbonat. Ozlyn hanya minum air suam dan minuman itu menjadi pilihannya sejak muda lagi.
Mengambil Makanan Tambahan
Selain menjadikan air mineral dan air suam sebagai minuman utama, Ozlyn juga mengamalkan minum air rebusan akar kayu sekali dalam sebulan. Selain itu, Ozlyn juga mengambil supplement stemcell collagen. Kesannya, kulit Ozlyn dapat dilihat semakin cantik dan badannya menjadi lebih cergas.
Tidak Melakukan Rawatan Suntikan Vitamin C
Melihatkan kulitnya yang lebih cerah kemerah-merahan berbanding dahulu, mungkin ada yang berpendapat bahawa Ozlyn mendapatkan suntikan vitamin C. Sebenarnya tidak, sebaliknya cara hidup yang lebih banyak di rumah dan di pejabat memudahkan Ozlyn untuk menjaga kulitnya. Menurut Ozlyn, dahulu dia banyak berjemur di tengah panas untuk melakukan babak lasak sehingga kulitnya menjadi gelap dan kusam. Katanya juga, dia kelihatan awet muda kerana kerap mengandung.
Penjagaan Kulit Secara Luaran Yang Sederhana
Walaupun bergelar selebriti, Ozlyn hanya menggunakan rangkaian produk kecantikan kebanyakan orang iaitu Simple, Clean & Clear dan Neutrogena. Dia menukar produk antara jenama tersebut mengikut keadaan kulit yang berubah-ubah antara kering dan berminyak kerana hormon.
Gemar Ke Spa
Ozlyn cukup gemar berkunjung ke spa kerana dan dia suka berurut. Sebelum bersalin, Ozlyn mengambil pakej spa untuk ibu mengandung.
Sentiasa Kemas Dan Bersih Untuk Suami
Ozlyn menguruskan hal rumah yang utama dengan sendiri seperti memasak dan menguruskan anak. Dia sentiasa memastikan keadaan diri bersih, wangi dan kemas apabila menyambut suami yang baru pulang. Katanya, kebersihan mestilah diutamakan sebelum stail, gaya mahupun berfesyen.