Langgan newsletter kami!
Kecantikan Kate Middleton

Rahsia Kecantikan Kate Middleton

Rahsia Kecantikan Kate Middleton, Puteri Britain | Jika ada seorang wanita yang patut dijadikan inspirasi selain ibu, seorang puteri raja adalah orangnya kerana keperibadian mereka yang sungguh tertib. Puteri lain mungkin agak sukar didekati dan dikenali umum, tetapi berbeza pula halnya dengan Kate Middleton yang merendah diri dan kisahnya yang boleh dibaca oleh semua.

Sederhana dalam tata rias

Salah satu hal yang istimewa tentang isteri Prince William ini adalah kesederhanaan beliau dalam tata rias. Anda dapat melihat beliau hanya tampil dengan solekan yang cukup semula jadi dan beliau kerap muncul dengan pakaian yang sama beberapa kali! Kate Middleton tidak ada masalah untuk melakukannya seperti orang biasa walaupun berstatus puteri diraja.

Masker coklat untuk kulit lembap dan berseri

Semua orang terkejut apabila mendapat berita tidak lama dahulu bahawa Kate Middleton menggunakan Nutella sebagai masker wajahnya. Terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak, tetapi terapis kecantikan beliau memang menggunakan masker coklat untuk melembapkan dan menyerikan kulit Kate.

Sikat rambut dari hujung ke akar

Rambut Kate sentiasa licin terurus bukan? Penggaya rambut beliau memberitahu bahawa Kate menyikat rambutnya dari hujung ke akar untuk mengelakkan rambut menipis dan putus. Tips untuk anda terutamanya yang berhijab – flip rambut anda dan sikat dari bawah ke atas untuk mengembalikan body rambut yang leper di bawah tudung.

Mata yang segar dengan luminizer

Jika anda mahukan mata yang kelihatan sentiasa segar seperti Kate Middleton, anda mestilah memiliki pen luminizer yang bukan sahaja menutup cela dan tanda-tanda keletihan bahkan membuatkan kawasan mata lebih berseri.

Kening yang kelihatan semula jadi penuh

Kate memiliki sepasang kening yang cantik dan anda juga boleh mendapatkannya jika anda tahu teknik ini. Bekas mak andam untuk perkahwinan puteri Britain ini menggunakan bedak kening pada Kate mengikut arah bulu kening tumbuh.

Jika anda mahu tampil classy seperti Kate Middleton, bolehlah anda mula mengamalkan tips-tips yang dikongsikan ini. Apa yang penting, anda mencontohi perkara yang baik daripada seseorang tidak kiralah apapun status mereka.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: