Langgan newsletter kami!

Petua Mudah Untuk Kempiskan Perut

abdominal-fat-reduction-1Setiap orang pasti mengimpikan untuk memiliki perut yang kempis. Namun bila kita kurang bersenam atau suka melewatkan waktu makan malam, ia pasti akan memberi kesan kepada perut. Kebiasaannya lemak paling cepat berkumpul di bahagian perut dan ini akan menyebabkan perut menjadi buncit dan menggeleber.

Anda jangan fikir orang yang berbadan gempal sahaja ada masalah perut buncit, sebaliknya ramai juga orang baik lelaki mahupun perempuan yang kurus mempunyai masalah perut buncit. Namun begitu, setiap masalah pasti ada cara mengatasinya, begitu juga dengan masalah perut buncit. Berikut adalah petua mudah untuk mengempiskan perut.

1) Limau Nipis
Ambil sebiji limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam mangkuk. Tambah sedikit kapur sirih ke dalam jus limau nipis tersebut. Sapukan ke bahagian perut secara sekata. Kemudian ambil sehelai bengkung dan balut perut. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

2) Asam Jawa
Bancuh segelas air asam jawa. Biarkan semalaman atau simpan dalam peti ais. Kemudian, bila bangun keesokan paginya, minum air asam jawa tersebut. Amalkan sehingga perut kembali langsing.

3) Daun Lidah Buaya
Didihkan daun lidah buaya dan air asam jawa di atas api sehingga pekat. Selepas itu tutup api dan biarkan campuran itu sejuk. Setelah itu lumurkan campuran tersebut ke perut. Ulang langkah tersebut beberapa kali sehingga anda mendapat hasilnya.

Mudah-mudahan petua di atas dapat membantu anda untuk mendapatkan perut yang langsing. Selain itu anda juga boleh mengamalkan air detox ataupun infused water.

Namun begitu, cara terbaik untuk mengempiskan perut adalah dengan bersenam secara konsisten. Jika anda mempunyai masalah perut buncit, lebihkan senaman untuk bahagian perut contohnya buat sit-up dan senaman yang merangsang otot perut. Tidak dilupakan juga pemakanan yang sihat, kurangkan makanan berminyak, minuman berkarbonat dan awalkan waktu makan malam.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: