Langgan newsletter kami!

Petua Mengatasi Masalah Ketiak Berbau

Anda mengalami masalah ketiak berbau hingga orang di sekeliling menjauhkan diri? Letak sebotol minyak wangi atau deodoran pun masalah bau ketiak busuk masih juga wujud?

Petua Atasi Masalah Ketiak Berbau

Individu yang berdepan dengan masalah bau badan sebegini sering dianggap kurang menjaga kebersihan diri. Namun kadang-kala mereka mandi berjam-jam lamanya tetapi bila berpeluh, bau yang tidak menyenangkan akan muncul semula.

Jika anda mempunyai masalah bau badan terutamanya di bahagian ketiak, jangan putus asa. Mungkin Petua Atasi Masalah Ketiak Berbau yang dikongsikan di sini dapat membantu.

  • Campurkan setengah camca teh kapur sirih dengan perahan dari sebiji limau nipis. Lumurkan pada ketiak selepas mandi setiap malam. Amalkan sekali sehari. Lihatlah hasilnya selepas seminggu.
  • Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dan tapis jusnya. Kemudian ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit perahan jus pandan tadi. Sapukan campuran itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur.
  • Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
  • Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar saiz kacang. Makan 3X sehari.
  • Setiap kali anda mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
  • Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 10 minit sebelum mandi. Kemudian basuh dengan sabun mandi dan bilas dengan air bersih.
  • Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali sebelum mandi. Biarkan kering seketika kemudian barulah mandi seperti biasa.
  • Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis dan gosokkan pada ketiak.
  • Ambil debu yang terdapat pada buah kundur dan sapukan pada ketiak. Biarkan seketika, jangan dicuci. Lakukan sehingga buluketiak gugur sendiri.

Koleksi Petua Merawat Masalah Ketiak Berbau ini diambil dari pelbagai sumber. Harus diingat, untuk mendapatkan hasilnya, setiap petua perlu diamalkan secara konsisten hingga masalah bau ketiak hilang.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: