Sekitar pertengahan bulan September 2016 yang lepas, Aiman Tino telah mengadakan persembahan di Tawau, Sabah. Fuhh! begitu hangat sekali sambutan dari warga Sabah. Peminat yang datang terdiri dari pelbagai umur dari yang dewasa sehinggalah kepada kanak-kanak. Semuanya gara-gara lagu hits Ku Rela Dibenci. Ada juga yang sanggup datang dari Sarawak semata-mata mahu menyaksikan persenbahan bintang pujaan mereka.
Aiman Tino dalam laman Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada warga Tawau yang sangat sporting.
Selamat malam semua warga Tawau dan semua yg telah memberi sokongan kepada Aiman selama ni. Next time kita jumpa lagi.. Warga Tawau memang best, sporting semua adee! hee
Time nie baru sahaja sampai di Airport Sabah. Apa-apa pun selfie dulu.
Yang ni pula gamabar Aiman Tino ketika sedang live menyanyikan lagu Ku Rela Dibenci. Sambutan memang terbaik!
Merupakan hari terakhir di Sabah. Bergambar selepas selesai persembahan dengan krew yang terlibat. Ada masa kita jumpa lagi. Bye!