Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) akan diteruskan namun nama ditukar kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).
Kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara tanpa meningkatkan beban hutang yang ditanggung kerajaan pada masa kini. Sehubungan itu, sejumlah 4.1 juta penerima akan menerima bayaran BSHR peringkat kedua pada 6 Jun 2018 yang membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.Untuk makluman, jumlah BSHR akan dikekalkan untuk semua kategori penerima pada tahun 2018. Namun kelayakan untuk mendapatkan BSHR akan dikaji semula pada masa akan datang.
Cara Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
Pemohon yang layak menerima BR1M sebelum ini disarankan membuat semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui pautan yang disediakan di bawah.
[infobox style=”alert-info”]Klik Untuk Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
[/infobox]Makluman Terkini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
- Pembayaran Fasa 3 BSHR 2018 adalah mulai 15 Ogos 2018 (Rabu) yang akan dibuat secara berperingkat.
- Pemohon yang mengemukakan maklumat akaun bank dan berjaya kredit semasa pembayaran Fasa 2 atau ada mengemaskini maklumat akaun bank, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan.
- Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, surat baucar akan diposkan kepada pemohon dan pembayaran adalah secara tunai di kaunter BSN dengan membawa surat baucar berkenaan.
- Untuk maklumat terkini yang lain, sila layari website https://bsh.hasil.gov.my/
Pertanyaan Berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
Untuk sebarang pertanyaan dan info terkini berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat, sila hubungi
- Sekretariat Kementerian Kewangan (MOF) / Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya - Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM
1-800-88-2716 (Waktu Operasi 9.00 pagi hingga 5.00 petang) - Hotline Kementerian Kewangan (MOF)
03-8882 4565 / 03-8882 4566 - Faksimili Kementerian Kewangan (MOF)
03-8882 3933