Langgan newsletter kami!
Financial Crisis

Perbandingan Krisis Ekonomi Semasa Covid-19 Dengan Zaman Sebelumnya

Seperti yang kita dah jangka, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terus dilanjutkan dan untuk setakat ini, lanjut sehingga 14hb April 2020. Semalam juga dah diumum moratorium pembayaran pinjaman bank selama 6 bulan. Bermula April sampai September 2020. Jadi kalau komitmen bayaran rumah dan kereta kau total RM3k sebulan, dapat lah kau simpan RM18k sepanjang bulan bulan crucial yang dunia akan hadapi.

Sebelum itu juga, pengumuman boleh withdraw KWSP RM500 sebulan (selama 12 bulan) untuk akaun 2 start April pun akan dilaksana dalam usaha to maneuver the monetary burden yang bakal ditanggung oleh rakyat.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) era Covid-19

Ya kalau kita belum nampak, apa yang sedang berlaku ini merupakan sesuatu yang sangat serious. Belum pernah berlaku dalam sejarah perbankan negara (atau dunia?) yang memberikan tangguhan bayaran selama 6 bulan untuk semua peminjam. Kerja gila sebenarnya. Tapi disebabkan Covid 19 lagi gila punya bahaya, maka kerja gila macam bagi penangguhan 6 bulan, keluar KWSP tak semena-mena dan PKP tu mesti dibuat demi menyelamatkan aset yang lebih berharga – nyawa manusia.

Dan kalau kita tidak silap mencongak sejarah, semenjak Parameswara membuka kota Melaka, ini merupakan kali kedua kita semua diarah untuk tinggal di rumah dalam tempoh masa lama setelah kali pertama atok nenek kita melalui hal yang sama semasa period darurat era British dalam mengekang kejahatan komunis.

Memanglah tidak sama, perintah berkurung ketika darurat untuk elakkan rakyat daripada kena culik, seksa, bunuh instantly oleh komunis, manakala PKP era 2020 ni pula dilancarkan untuk elak rakyat daripada kena sentuhan rambang, virus berjangkit dan secara perlahan mati dibunuh Covid 19. Tapi tujuan tetap sama – to flatten the curve untuk menyelamatkan nyawa manusia.

Untuk sesebuah negara, dalam menghadapi krisis bencana, tiada apa yang lebih penting daripada menjaga keamanan dan keselamatan rakyatnya. Kita boleh tengok negara-negara lain yang sedang dalam pertarungan berdepan Covid 19, especially eropah dan USA langkah awal yang mereka ambil tidak lain – mengarahkan #StayAtHome, dan terus melanjutkan tempohnya jika perlu.

Selain Covid 19 yang sedang dunia hadapi sekarang ialah ketidak stabilan harga minyak. Merudum. Dua faktor tonggak dalam mencorak kesihatan ekonomi dunia yakni wabak penyakit dan harga minyak sedang dalam derita.

Fasa Bencana

Di Amerika laporan mengatakan nilai pasaran saham telah wiped out 1/3 dari jumlah keseluruhan. Esok lusa minggu depan entah macam mana pula rupa bentuknya. Amerika sebagai polis dunia, turut kucar kacir dengan situasi Covid 19. Para pengkaji ekonomi meletakkan 3 wave yang bakal kita semua tempuh.

Wave Pertama,
Penutupan sementara aktiviti perniagaan, (lead kepada penutupan terus kalau krisis berlarutan), dan bila benda ni jadi maka kitaran ekonomi terhenti.

Wave Kedua,
Kitaran ekonomi on halt, bisnes katup, pekerja kena berhenti, maka pengangguran meningkat. Orang tak ada kerja. Bila tak ada kerja, tak ada duit nak belanja. Masa ni fasa alarming dah.

Wave Ketiga,
Orang yang masih ada simpanan, simpanan makin hari makin susut. Tak ada sumber penambahan. Duit susut makin cepat seterusnya menimbulkan panik. Bila semua panik keadaan akan jadi tak terkawal.

Seterusnya?

Jadi lah Wave Keempat,
Paling bahaya. Kadar jenayah meningkat. Moral value manusia potentially boleh hilang apabila memikirkan nasi dan lauk tak muncul di atas meja.

Masa ni lah paling kita takut ingatan kata-kata Joker – Heath Ledger

“Their morals, their code; it’s a bad joke. Dropped at the first sign of trouble. They’re only as good as the world allows them to be. You’ll see – I’ll show you. When the chips are down these, uh, civilized people? They’ll eat each other. See I’m not a monster, I’m just ahead of the curve”

Tapi kita boleh sedikit bertenang. Kerana apa yang sedang kita buat hari ni, social distancing, PKP, keluar duit KWSP, moratorium semuanya untuk slow down kesan buruk/repercussions terhadap Covid 19. Kebanyakan situasi krisis/kemelesetan kita boleh recover di wave kedua, kita belum pernah jatuh ke lembah wave ketiga apatah lagi wave keempat.

Sejarah Krisis Ekonomi Malaysia

Dalam sejarah pasca Merdeka, negara Malaysia telah melalui 6 kali zaman krisis ekonomi;

  1. Krisis ekonomi 1974 – akibat kenaikan harga minyak perang Mesir-Israel. Sebagai sebuah negara berasas perindusrtian, Malaysia kena hit agak teruk masa ni.
  2. Krisis ekonomi 1978 – akibat Revolusi Iran. Tapi tahun tak lah teruk sangat, cuma KDNK meguncup quite significant.
  3. Krisis ekonomi 1985-1987 – harga komoditi dunia macam petroleum, sawit dan timah jatuh merudum. Ekonomi lembab. Duration ni antara yang sakit sampai kerajaan tak cukup fund nak manage administration.
  4. Krisis ekonomi 1997 – akibat krisis kewangan Asia. Serangan matawang yang bermula di Thailand merebak ke negara sekitar. Habis jatuh bukan setakat nilai matawang, nilai saham dan nilai aset. Masih ingatkan dasyatnya macam mana kan?
  5. Krisis bubble dotcom 2000 – belum sempat fully recover financial crisis 1997, KLCI kena hit lagi sekali masa ni. Value drop almost 50% akibat spekulatif melampau berkait internet da teknologi.
  6. Krisis ekonomi 2009 – akibat subprime mortgage issue di Amerika. Kegusaran pasaran kewangan merebak. Malaysia amalkan dasar pasaran ekonomi terbuka, so memang teruk lah export semua merudum. Aset kewangan rugi, income negara merosot.
  7. (Sedang dalam proses) Krisis ekonomi 2020 – seperti yang aku tulis perenggan di atas.

Ya tuan puan, bukan setakat hal ehwal serangan ekonomi, semenjak 500 tahun kita dah berjaya survive serangan-serangan yang lebih teruk. Kita survive penjajahan Portugis, serangan Belanda, penjajahan British, penjajahan Jepun, serangan Komunis, dan entah segala macam polemik yang nenek moyang kita hadap demi memastikan anak cucu mereka terus hidup untuk mewarisi tanah tumpah suvarnabumi yang bertuah ini.

Jadi seperti mana mereka, Covid 19 yang muncul pula merupakan habuan untuk kita lawan. Tiada pilihan lain kecuali menang. Kemenangan kita nanti bakal menjadi kebanggaan generasi mendatang.

Dunia mesti terus berputar dengan warna-warni kedamaian, keamanan, keselamatan dan kemakmuran. Teruskan stay apart, kerana itu saja caranya untuk kita semua stay unite!

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: