Langgan newsletter kami!
Banner Bangunan LPPSA

Penambahbaikan Baru Pembiayaan Perumahan LPPSA

Hari ini saya nak share sedikit nota kelas Financing Executive yang dikendalikan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di Putrajaya pada 9 dan 18 Julai 2018 yang lalu.

Penambahbaikan Baru Pembiayaan / Pinjaman Perumahan LPPSA

1) Tarikh akhir membuat permohonan

  • Skim pencen: 3 bulan sebelum bersara
  • Skim KWSP: Sebelum tamat perkhidmatan

2) Dokumen sokongan untuk submit loan – Tanpa S&P

  • Dokumen OTP; atau
  • Proforma; atau
  • Draf Perjanjian Jual Beli

3) Pembiayaan Jenis 7 (Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman)

  • Boleh dipohon selepas potongan gaji pinjaman pertama tanpa perlu menunggu tempoh minima 5 tahun daripada pembiayaan pertama.

4) Penjualan hartanah di antara suami isteri

  • Dibenarkan dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh LPPSA.
  • Permohonan untuk menyelesaikan baki pinjaman pasangan sahaja.

5) Pembiayaan hartanah lelongan awam

  • Dibenarkan bagi hartanah yang dilelong oleh LPPSA dan lelongan awam atau bank.

6) Pengeluaran wang pembiayaan sehingga 100%

  • Berdasarkan nombor serahan

7) Bayaran balik ansuran bulanan akan berkuat kuasa

  • Bermula selepas bayaran kemajuan 100% dikeluarkan atau pada bulan ke 37 daripada tarikh kelulusan, yang mana terdahulu

8) Penambahbaikan sistem portal online

  • Penambahbaikan dari SPPB ke LMS (Loan Management Sistem)

9) Penangguhan bayaran balik

  • Peminjam boleh memohon penangguhan bayaran balik selama 1 tahun sahaja jika:
    – melanjutkan pelajaran
    – mengikuti suami/isteri yang melanjutkan pelajaran
    – mengikuti suami/isteri yang bertugas di luar negara
    – cuti menjaga anak

10) Bayaran balik pembiayaan

  • Bayaran balik melalui potongan gaji dan potongan pencen (wajib melalui payslip) dan hendaklah dikemukakan sebelum 25 hb setiap bulan.

11) Kemungkiran

  • Peminjam yang meninggalkan perkhidmatan, dibuang kerja, tunggakan bayar balik atau melanggar mana-mana syarat pembiayaan akan diberi masa 30 hari untuk menyelesaikan semua baki hutang. Selepas 30 hari, kadar faedah akan dinaikkan dari 4% ke 7%.

Semoga maklumat ini dapat membantu anda semua.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: