Langgan newsletter kami!
Gambar Dokter Surgery

Pembekuan Lemak, Kaedah Kecantikan Tanpa Rasa Sakit

Rawatan Cryo-LipolysisJika anda pernah mendengar tentang liposuction, anda sudah tahu bahawa ia merupakan satu kaedah pembedahan untuk memecah dan menyedut lemak di bahagain tertentu badan. Kini, anda boleh mendapatkan hasil yang sama tanpa menggunakan jarum dengan kaedah pembekuan lemak atau juga dikenali sebagai cryolipolysis.

Bahagian badan yang ingin dikurangkan lemak itu diletakkan pada alat yang membekukan bahagian tersebut selama satu jam untuk memusnahkan lemak. Pakar bedah kecantikan mengatakan bahawa lebih kurang 20% sel lemak yang dibekukan akan musnah dan dikeluarkan secara semula jadi melalui pembuangan air kecil atau besar dalam tempoh beberapa minggu. Kaedah ini tidak menyakitkan sel dan tisu kulit sekeliling kerana sel lemak lebih mudah respon kepada suhu sejuk.

Proses yang sangat santai membolehkan anda melakukan hal lain seperti membaca dan membalas emel atau menonton video di telefon bimbit ketika ia dijalankan. Anda juga tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukan cryolipolysis ini serta boleh segera meneruskan kehidupan harian tanpa sebarang gangguan selepas melakukannya. Walau bagaimanapun, bahagian badan yang dilakukan cryolipolysis akan sedikit bengkak sebelum hasilnya akan dapat dilihat dalam dua hingga tiga minggu kemudian.

Seperti mana-mana rawatan kecantikan dan kesihatan lain, anda perlulah sentiasa memastikan rawatan ini dijalankan oleh mereka yang benar-benar layak untuk melakukannya. Tidak semua pusat kecantikan menggajikan mereka yang bertauliah dan berpengalaman. Jangan pula anda tersiksa nanti apabila membiarkan entah siapa-siapa ‘mengerjakan’ badan anda.

Doktor juga menasihati mereka yang mempunyai komplikasi hati untuk mengelakkan kaedah ini kerana sel lemak yang telah musnah dalam jumlah yang banyak mungkin membebankan hati anda untuk memprosesnya.

Selain itu, doktor juga mengingatkan bahawa kaedah cryolipolysis ini tidak dapat menyelesaikan masalah berat badan seseorang. Masalah berat badan berlebihan hanya dapat diatasi dengan cara pemakanan yang betul dan bersenam dengan kerap. Mereka yang sudah mengamalkan cara hidup sihat, tetapi masih mempunyai lemak degil di bahagian-bahagian badan tertentu adalah yang paling ideal untuk rawatan ini.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: