Langgan newsletter kami!

Nora Danish Dikaitkan Dengan Mickey Ayo, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Siapa Mickey Ayo?

Baru-baru ini, pelakon terkenal Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik sekeping foto seorang lelaki berkopiah di laman Instagram miliknya. Walaupun hanya sebahagian wajah kelihatan, perkongsian itu segera mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Tidak lama selepas itu, ramai mula mengaitkan Nora, atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, dengan seorang lelaki dikenali sebagai Mickey Ayo.

Hasil tinjauan di media sosial milik lelaki tersebut mendapati ruangan komennya dibanjiri warganet yang teruja meneka identiti wanita berhijab yang muncul dalam beberapa fotonya. Antaranya termasuk satu gambar memaparkan seorang wanita bertudung memakai hoodie bertulis Realism, selain foto makanan yang memperlihatkan jari wanita memegang tasbih digital.

Di ruangan komen, ramai berpendapat wanita itu tidak lain tidak bukan ialah Nora sendiri.

“Slide 16 tu memang Nora Danish.”
“Cincin dan tasbih sama dengan milik Nora.”
“Saya terus semak IG Nora, memang betul.”

Situasi ini semakin menguatkan spekulasi apabila wajah lelaki berkopiah yang dikongsikan Nora dilihat seakan sama dengan gambar yang turut dimuat naik oleh Mickey Ayo di akaun Instagram miliknya.

Artikel berkaitan:  Drama Bicara Cinta (TV3)

Lebih menarik perhatian, Nora juga dilihat kerap meninggalkan tanda suka pada beberapa hantaran Mickey Ayo, sekali gus menambahkan lagi tanda tanya mengenai status hubungan mereka.

Dalam pada itu, netizen turut mengorek latar belakang Mickey Ayo yang dikatakan berstatus duda, mempunyai dua orang cahaya mata serta bekerja sebagai seorang perunding kewangan yang berjaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mickey Ayo (@mickeyayo1)

Netizen Berbelah Bahagi Tentang Hubungan Ini

Spekulasi hubungan cinta antara Nora Danish dan Mickey Ayo turut mengundang perdebatan hangat di media sosial, terutamanya di platform Threads.

Sebahagian netizen menyuarakan rasa tidak setuju, malah ada yang berpendapat bahawa Nora tidak membuat pilihan yang tepat.

“Nora Danish silap pilih pasangan.”

Namun begitu, ada juga yang lebih positif dan berharap agar Nora diberi ruang membuat keputusan sendiri berkaitan kehidupan peribadinya tanpa terlalu banyak campur tangan orang luar.

Walau apa pun, hubungan yang sedang hangat diperkatakan ini dilihat belum mendapat ‘restu’ sepenuhnya daripada sebahagian besar peminat, apatah lagi kedua-duanya pernah melalui kegagalan rumah tangga sebelum ini.


Perkahwinan Terdahulu

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017, sebelum bercerai pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, yang kini berusia tujuh tahun.

Artikel berkaitan:  Selain Kahwin, Ini 9 Azam Baru 2017 Zizan Razak

Buat masa ini, Nora Danish masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai gosip yang mengaitkannya dengan Mickey Ayo. Sama ada benar atau tidak, hanya masa akan menentukan.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *