Langgan newsletter kami!

Netizen Puji – Rita Rudaini Tak Ikut Bergosip Isu Fattah Amin & Amira Othman

“Baru menikah, Amira dengan Fattah goreng ikan bilis letak cili api dan bawang pun boleh viral. Kami ni masak lembu seekor pun tak viral. Tunggu lama sikit dik…”

Gosip Pengantin Baru

Baru-baru ini, satu perkongsian video di TikTok menarik perhatian ramai apabila memaparkan Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, bersama dua rakan selebritinya iaitu Rita Rudaini dan Sharifah Shahora.

Dalam video berdurasi hampir seminit itu, mereka dilihat sedang berbual mengenai pasangan pengantin baru, Amira Othman dan Fattah Amin, yang menjadi bualan hangat selepas Amira menyediakan lauk ringkas berupa ikan bilis goreng tumis bawang dan cili api di siaran langsung TikTok.

“Baru menikah, goreng ikan bilis dengan cili api dan bawang. Amira Othman dan Fattah Amin jadi tular. Ikan bilis dengan bawang pun sedap,” kedengaran salah seorang daripada mereka berseloroh.


Reaksi Rita Rudaini Jadi Perhatian

Apa yang mencuri tumpuan warganet bukanlah kisah masakan ringkas Amira semata-mata, sebaliknya reaksi pelakon Rita Rudaini ketika duduk semeja.

Artikel berkaitan:  Biodata Bella Dally, Artis Kacukan Melayu, Pakistan dan Filipina

Walaupun topik tersebut dibincangkan dengan rancak, Rita dilihat langsung tidak menyertai perbualan itu dan hanya fokus kepada hidangan di hadapannya. Sikap tersebut nyata meraih pujian ramai yang kagum dengan perwatakan pelakon filem popular Mami Jarum itu.

Netizen Label Rita Wanita ‘Classy’

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen melabel Rita sebagai seorang wanita matang dan ‘classy’ kerana enggan terlibat dengan budaya membawang. Ramai yang menganggap tindakan Rita itu menggambarkan sikap profesional, berpendirian, serta bijak menjaga imej diri.

Antara komen netizen:

“Rita ni memang lain macam ‘classy’. Tak campur gosip, buat hal sendiri je.”

“Sebab tu anak-anak dia bijak pandai. Dia tunjuk contoh yang baik.”


Wanita Matang & Inspirasi Ramai

Bagi peminat, Rita Rudaini dilihat sebagai contoh wanita yang matang dan bijak mengawal diri dalam situasi santai sekalipun. Sikapnya yang tidak mudah terikut-ikut dengan gosip atau isu hangat menjadikan beliau lebih dihormati.

Tidak hairanlah, ramai warganet berpendapat tindakan Rita ini mencerminkan keperibadiannya yang tegas serta fokus terhadap perkara lebih penting dalam hidup, sekali gus mengukuhkan lagi imej beliau sebagai seorang selebriti yang berkarisma.

Artikel berkaitan:  Biodata Izreen Azminda, Pelakon Cantik Serba Boleh

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *