Langgan newsletter kami!
Anak Perempuan Tidur

Memilih Posisi Tidur Yang Betul Untuk Kesihatan & Kecantikan

Tahukah anda, posisi tidur memainkan peranan yang penting dalam kesihatan dan kecantikan kita? Ini kerana, dengan memilih posisi tidur yang betul anda akan mendapat banyak manfaat kesihatan dan kecantikan termasuklah postur badan, bentuk saiz wajah serta tekstur kulit yang baik. Mari kita lihat bagaimana posisi tidur mempengaruhi penampilan seseorang.

Posisi tidur terlentang

Apabila tidur dalam posisi terlentang, anda dapat mengelakkan kedutan pada kulit, mengurangkan refluks asid (pedih ulu hati) dan mengelakkan sakit belakang serta tengkuk. Ini kerana tubuh anda berada dalam posisi relaks yang neutral. Tidak ada tekanan pada badan anda yang boleh memberi masalah. Inilah posisi tidur yang terbaik.

Posisi tidur mengiring

Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan adalah baik untuk kesihatan tulang belakang kerana ia dalam keadaan memanjang. Jantung anda tidak tertekan, penghadaman anda juga tidak terganggu dan anda dapat tidur dengan lena. Ia juga dapat mengurangkan masalah berdengkur seseorang. Walau bagaimanapun, tidur dalam keadaan mengiring ini memberi tekanan pada kulit dan otot wajah sehingga menyebabkan kedutan. Bukan itu sahaja, jika anda tidur dalam keadaan mengiring dalam tempoh yang lama, anda akan mendapati ketidakseimbangan pada saiz wajah anda.

Posisi tidur seperti janin

Ada orang yang terbiasa tidur dalam keadaan kakinya tidak diluruskan, seperti seorang bayi di dalam kandungan. Walaupun anda berasa selesa, posisi ini boleh memberi masalah sakit belakang kepada anda. Selain itu, ia juga mengakibatkan kedutan pada kulit wajah dan payudara.

Posisi tidur meniarap

Posisi tidur yang satu ini sudah dilarang dalam agama Islam. Ternyata, posisi meniarap ini memberikan tekanan besar pada keseluruhan tubuh termasuk organ dalaman manusia. Bayangkanlah bagaimana keadaan tubuh anda jika setiap hari menanggung tekanan pada waktu ia sepatutnya berehat?

Kesimpulannya, tidur adalah perkara yang penting untuk semua orang daripada bayi hinggalah warga tua. Untuk itu, mari biasakan diri, pasangan dan anak-anak untuk mementingkan kualiti tidur agar kesejahteraan hidup dapat dirasai bersama. Masuk tidur pada jam 10 malam kerana badan anda mula memulihkan diri pada waktu tersebut sehingga jam 4 pagi. Rugi benar jika anda terlepas tempoh penting ini kerana masuk tidur lewat.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: