Sebuah lagi drama bersiri yang menyentuh isu sensitif dalam rumah tangga bakal menghiasi slot utama di Astro Ria. Drama bertajuk Mandul Bukan Pilihan membawa penonton menyelami dilema pasangan tanpa zuriat, konflik cinta tiga segi dan pergolakan emosi apabila kehadiran orang ketiga mula meretakkan ikatan perkahwinan.
Diterbitkan oleh iFAME dan diarahkan oleh pengarah berpengalaman Osman Ali, naskhah ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Mira Filzah, Ayda Jebat dan Ashraf Muslim.
Jangan lepaskan tayangannya bermula 14 Julai 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) atau strim secara fleksibel menerusi Astro GO dan sooka.
Info Drama
- Judul: Mandul Bukan Pilihan
- Jumlah Episod: 28
- Tarikh Tayangan: Mulai 14 Julai 2025
- Hari Siaran: Isnin hingga Khamis
- Waktu: 10:00 malam
- Saluran: Astro Ria (Saluran 104)
- Penstriman: Astro GO & sooka
- Pengarah: Osman Ali
- Penulis Skrip: Oka Aurora
- Produksi: iFAME
Barisan Pelakon & Watak
- Hun Haqeem sebagai Aldi Ibrahim
- Mira Filzah sebagai Billa (Nabilla Intan)
- Ayda Jebat sebagai Farah Zarani
- Ashraf Muslim sebagai Dr. Elhan
- Normah Damanhuri sebagai Tok Ma (Zahra)
- Chacha Maembong sebagai Alma
- Keanu Azman sebagai Haziq
- Rahim Jailani sebagai Encik Abdul
- Sharifah Shahora sebagai Jihan
- Wan Raja sebagai Mohsidi
- Khaty Azian, Nafiez Zaidi, Shazia Rozaini, Qaiszerr Eshan, Kuna
Lagu Tema (OST)
Break
- Penyanyi: Misha Omar
- Komposer & Lirik: Melly Goeslaw
Peluk
- Penyanyi: Hael Husaini & Nadeera
- Komposer & Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh
Sinopsis: Bila Cinta Diuji Kesetiaan dan Pengorbanan
Ketika Aldi melamar kekasihnya Billa pada usia muda, nenek Billa yang tegas, Tok Ma (Zahra), menetapkan syarat yang luar biasa: jika suatu hari nanti Billa didapati mandul dan Aldi ingin menceraikannya, Aldi perlu membayar RM1 juta sebagai pampasan.
Demi cinta, mereka menandatangani perjanjian tersebut. Namun, selepas lima tahun perkahwinan dan pelbagai usaha termasuk rawatan IVF, Billa masih belum dikurniakan zuriat. Ketegangan memuncak apabila Billa disahkan menghidap kanser, sekaligus meranapkan harapannya untuk menjadi ibu.
Dalam keadaan terdesak, Billa meminta bantuan Farah, adik angkatnya, untuk menjadi penyambung harapan. Namun tanpa disangka, Farah menyimpan agenda tersembunyi — dia berniat merampas Aldi dan menggantikan tempat Billa sebagai isteri.
Dalam masa yang sama, Billa mula mendapat sokongan moral daripada Dr. Ben, sahabat lamanya yang kini menjadi tempat dia bergantung secara emosi. Kehadiran Ben menambah lagi kekeliruan dan konflik dalam hidupnya, sehingga tercetus pertelingkahan, pengkhianatan dan krisis kepercayaan antara semua pihak.
Antara Takdir, Kesetiaan dan Harga Sebuah Cinta
Mandul Bukan Pilihan bukan hanya mengangkat isu kesuburan yang sering menjadi topik tabu dalam masyarakat, tetapi juga merungkai tekanan sosial, ujian dalam rumahtangga, dan makna sebenar cinta tanpa syarat. Adakah cinta mampu bertahan tanpa cahaya mata? Atau akan runtuh bila kesetiaan mula goyah?
Saksikan drama penuh emosi ini bermula 14 Julai 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Atau strim lebih fleksibel di Astro GO dan sooka.